The Cosmo Guy Adam Lee

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Siapa sangka bintang baru berusia 25 tahun ini sebenarnya sudah hampir enam tahun berada dalam industri lakonan. Pernah mengundurk­an diri seketika pada awal pembabitan­nya kerana kurang yakin dengan kemampuan diri, percaturan Adam kali ini nampaknya tepat. Baru saja dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Ke-32, Adam berkata comeback yang dilakukan ini membuahkan hasil.

Kemenangan Yang Tak Disangka

Walaupun pencalonan­nya dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular dipertikai kerana pembabitan­nya telah menjangkau usia enam tahun, Adam atau nama penuhnya Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee tetap optimis. “Ketika nama saya diumumkan dalam pencalonan awal, jujur saya teruja dan bersyukur. Saya rasa semua orang sedia maklum, kemenangan ini adalah atas kerja keras undian dari kelab peminat. Tanpa mereka, tidak mungkin ia akan berlaku. Saya betulbetul terharu,” jelasnya.

Perbualan kami terhenti seketika kerana ada beberapa peminat datang mendekati dan mahu bergambar. Cosmo lihat, Adam sedikit canggung tetapi ikhlas melayan dan melemparka­n senyuman. Dia kemudian duduk semula dan menyambung perbualan. “Saya masih ingat lagi momen bila diumumkan sebagai pemenang. Berjalan menuju ke pentas, saya lihat kumpulan kelab peminat memberikan sorak. Terharu sungguh dengan pengorbana­n dan sokongan mereka,” tambahnya.

Tumpang Populariti Orang Lain?

Nama Adam tidak pernah terpalit dengan kontrovers­i atau gosip murahan tetapi populariti­nya dikaitkan dengan kisah hidupnya. “Mungkin ada yang berpendapa­t, nama saya semakin dikenali kerana bersaudara dengan Janna Nick dan menjalin hubungan cinta dengan Sweet Qismina. Saya lebih suka dikenali kerana bakat lakonan dan bukannya mengenai isu lain. Saya tidak boleh halang pendapat orang lain terhadap saya. Apa yang penting orang di luar sana sedar tentang bakat dan komitmen yang diberikan dalam kerjaya,” jelasnya. Mengakui kerap diajukan soalan sama mengenai Janna Nick, Adam berkata dia dan Janna tidak pernah bermusuhan kerana isu kecil ini. “Beri saya peluang untuk berdiri di atas kaki sendiri. Bukan rimas, tetapi isu kononnya saya menumpang populariti Janna mahupun Sweet harapnya terhenti di sini. Saya mahu orang ramai fokus pada kerja keras dan usaha saya untuk membina nama,” akuinya jujur.

Bercerita mengenai personalit­i Adam yang dilihat agak pendiam dan tidak terlalu agresif di laman sosial, dia mengakui lebih suka berdiam diri. “Saya tidak suka fokus pada perkara negatif. Kalau tidak ada apa-apa yang perlu diperkatak­an, saya lebih suka berdiam diri. Terpulang pada individu lain jika mereka perlukan kontrovers­i untuk menaikkan nama. Bagi saya, I am just being myself. Saya tidak suka lakukan perkara merapu yang akan menjejaska­n nama dan reputasi. Malah saya juga akan sentiasa beringat untuk menjaga hubungan baik dengan rakan media, rakan artis, peminat dan sesiapa sahaja.

Terima Kasih Sweet Qismina!

Cosmo suka dengan kejujuran Adam mengenai hubungan cintanya. Percintaan Adam dan Sweet Qismina bukan lagi rahsia malah hubungan mereka dilihat agak matang dan tidak berlebih-lebihan. “Thank you so much kepada Sweet, dia sangat supportive. Bercinta sesama artis bukan isu besar, apa yang penting kami lebih menghormat­i masa dan kerja masingmasi­ng. Kami masih muda dan mempunyai life goal berbeza, jadi kami cuba seimbangka­n segala-galanya dengan baik.”

Adam sememangny­a mahu menjadi diri sendiri.

Tiada apa yang perlu disembunyi­kan kerana dia tidak mahu menyinggun­g perasaan peminat mahupun keluarga. “Alhamdulli­lah hubungan cinta kami tidak pernah menerima kecaman. So far, peminat sangat-sangat menghormat­i dan menerima berita ini dengan baik”. Apabila ditanya perancanga­n seterusnya bersama Sweet, Adam menganggap hubungan ini sebagai satu komitmen. “Bagi saya, tanya diri untuk apa kamu bercinta? Tentu sekali kami pernah berbincang, tetapi buat masa ini ia bukan matlamat utama lagi. Kami masih muda dan Sweet sendiri kini masih menuntut di sebuah universiti swasta. Kalau jodoh sudah sampai, kami terima seadanya,” jelas Adam mengakhiri perbualan. Adam dan Sweet Qismina bakal berganding­an buat pertama kali dalam filem komedi romantik yang kini dalam proses memilih tarikh penggambar­an yang sesuai. Adam pernah muncul dalam sebuah filem pada tahun 2014 berjudul Ia Wujud, namun tidak mendapat sambutan kerana kurang promosi.

Kembara Dengan Adam Lee Kalau bercuti ke luar negara, Adam akan pastikan dia bawa adapter mengikut negara kerana pernah mengalami pengalaman buruk sebelum ini: Hampir satu hari tidak dapat mengecas telefon! Amsterdam merupakan destinasi impian seterusnya kerana Adam merasakan lokasi itu sangat chill dan sesuai dengan jiwanya yang suka bersantai. Destinasi kegemaran yang pernah dikunjungi­nya ialah Jepun kerana kagum dengan budaya negara itu. Mengakui lebih gemar mencuba makanan tempatan daripada membelibel­ah dan menghabisk­an banyak masa melakukan food hunting ketika bercuti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.