Manthropol­ogy

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Mahu Hangatkan Perhubunga­n? Cuba Ini

Mungkin kalian sudah berkahwin selama 10 bulan atau 10 tahun dan berada dalam zonterlalu-selesa... Ini petanda tidak sihat! Ikuti langkah mudah ini.

Bersiap Bersama

Biasanya hujung minggu kamu dan suami lebih kalian selesa berbaju kelawar atau berseluar pendek menonton Netflix. Stop! Apa kata kalian bersiap bersama dan keluar. Bila kamu bersiap cantik, manalah tahu si dia akan teringat-ingat momen pertama dia bawa kamu keluar berjanji temu dulu...

Lokasi Baru

Melakukan hubungan intim di lokasi baru adalah cara yang boleh kamu lakukan untuk hangatkan perhubunga­n dengan pasangan. Cuba lakukannya selain di bilik tidur, tapi pastikan tak ada orang lain dalam rumah kamu ya! Jangan buat drama pula.

Imbas Memori

Kalau tatap album kahwin setiap hari memanglah jelak! Once in a blue month, buka album gambar atau gallery dalam telefon kamu dan kongsi perasaan sebelum kalian bergelar suami isteri.

Berikan Pujian

Bunyinya agak kinky, tapi tak salah kamu puji kejantanan­nya di kamar. Siapa lagi yang nak puji kalau bukan kamu, kan?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.