Hunk of The Month Ernest Loh Yin Sen

BERCUTI BERSAMA PASANGAN MENJADI IMPIAN SEMUA ORANG KERANA SIAPA TAK MAHU HABISKAN MASA BERKUALITI BERSAMA YANG TERSAYANG DI PULAU INDAH ATAU BACKPACK KE EROPAH, KAN? NAMUN ADA PERKARA YANG BOLEH ROSAKKAN MOOD MEREKA. INI ANTARANYA...

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

SUKAR PILIH LOKASI

Sebelum bersetuju untuk travel bersama, kenali dulu kesukaan pasanganmu. Adakah dia jenis suka eksplorasi atau hanya gemar bersantai di resort mewah? Elak bermasam muka ketika bercuti dengan memilih lokasi yang tepat. Atau kalian boleh take turn. Caranya: Tahun ni travel cara si dia, tahun depan cara kamu pula.

BERDIET KETIKA BERCUTI

Lelaki dan makanan memang tak dapat dipisahkan! Jadi sudah tentulah ketika bercuti di tempat baru, kamu ‘wajib’ cuba all of their signature foods. Jangan pula kamu buat hal nak diet dan hanya makan sebiji epal semata-mata mahu tampak langsing untuk sesi OOTD. Pasti si dia tak mahu ajak kamu bercuti lagi!

MEMERAP DI HOTEL

Dah kembara jauh-jauh ke Eropah, tetapi kamu lebih gemar habiskan masa berbaring di hotel dengan alasan tak tahan panas pula! Buang sikap ‘ princess’ kamu itu dan nikmati masa kalian bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.