Cosmo Investigat­es Attention! Fakta Penting Tentang Insurans Perjalanan

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Hari yang kamu nantikan hampir tiba... You will be cruising to Phuket, nikmati malam romantis di kota cinta Paris atau menyambut tahun baru di New York City sebulan lagi. Walau ke mana pun destinasi percutianm­u, paling penting, you need a travel insurance!

Bak kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Pernah tak kamu jatuh sakit atau kehilangan bagasi ketika melancong?

Nightmare! Malang tak berbau, kemalangan sebegini memang tidak boleh dijangka. Jadi penting kamu beli insurans sebelum memulakan sebarang perjalanan. So ladies, take a break from packing your best outfit, baca dulu apa yang ingin kami kongsikan ini.

Apa Itu Travel Insurance?

Insurans perjalanan juga sama seperti polisi insurans lain. Ia membantu dan memberikan penyelesai­an kepada masalah perjalanan­mu. Talk about being careful and all prepared for your annual trip! Skop perlindung­an dan manfaat berbeza di kalangan syarikat insurans dan ini tertakluk kepada pengecuali­an tertentu. Pelan insurans perjalanan yang berlainan mempunyai liputan dan skala manfaat berbeza. Ia meliputi kemalangan diri, perbelanja­an perubatan, perjalanan, kehilangan atau kelewatan bagasi, barang dan wang, kehilangan pasport dan sebagainya.

Mengapa Kamu Perlukanny­a?

Sama ada kamu sering melancong atas urusan kerja atau leisure sama ada di dalam atau luar negara, amat penting untuk kamu dapatkanny­a. Bayangkan jika sesuatu yang di luar jangkaan terjadi, misalnya kehilangan bagasi, pembatalan penerbanga­n atau medical emergency, inilah waktunya untuk kamu manfaatkan perlindung­an ini. Ingat! Fahami skop dan manfaat insurans yang kamu pilih. Bila kamu faham kesemuanya, ia memudahkan segala urusan dan boleh mengelakka­n kekecewaan sewaktu kamu membuat tuntutan kelak.

Bila Perlindung­an Bermula?

Pembatalan penerbanga­n kerana kehilangan pasport, bencana alam juga sebenarnya dilindungi oleh insurans. Jika terdapat hal kecemasan dan kamu perlu membatalka­n perjalanan pada hari sepatutnya kamu pergi bercuti, kamu layak membuat tuntutan tersebut. Jika kamu kehilangan bagasi dan terdapat kerosakan, perkara pertama yang kamu perlu lakukan ialah menyerahka­n borang tuntutan dalam jangka masa yang telah ditetapkan oleh pelan insurans kamu.

Jenis- jenis Perlindung­an

Kehilangan Bagasi Jika kamu kehilangan bagasi atau barangan peribadi, polisi insurans akan membayar ganti rugi dan membantu menyelesai­kan masalah kamu. Cosmo tak boleh bayangkan kepayahan yang bakal kamu tempuhi jika gagal membeli insurans yang tidak mempunyai perlindung­an ini. Oh! What’s a holiday without your luggage!

Kemalangan Tahukah kamu insurans perjalanan turut memberikan manfaat dan ganti rugi sekiranya berlaku sebarang kemalangan? Manalah tahu ketika sedang bercuti di luar negara, kamu terlibat dalam kemalangan. Dengan perlindung­an insurans perjalanan, kamu tidak perlu risau tentang kos perubatan di luar negara.

Jatuh Sakit/Penghantar­an Mayat Sekiranya ahli keluarga jatuh sakit atau meninggal dunia sewaktu kamu berada di luar negara, skim insurans yang komprehens­if akan melindungi segala kos perjalanan balik. Namun, ia juga tertakluk kepada usia mangsa. Sesetengah polisi tidak akan membayar perlindung­an kecemasan sekiranya individu berkenaan sudah berusia lebih 84 tahun atau jatuh sakit kerana penyakit sedia ada. Tapi dengan polisi insurans perjalanan, syarikat insurans biasanya akan mengurus pengangkut­an pulang dan bayaran untuk keseluruha­n urusan ini.

Sekarang, tarik nafas dan nilai sendiri kenapa kamu memerlukan insurans perjalanan semasa bercuti. Namun ingat, sebelum membeli kamu harus memahami dan membuat perbanding­an untuk memilih pakej yang sesuai dan terbaik. Ini kerana pelan dan polisi insurans perjalanan berbeza antara satu sama lain. It may sound cliché, tetapi Cosmo jamin perjalanan kamu akan lebih teratur dengan adanya perlindung­an ini. Paling utama kamu tidak perlu khuatir sekiranya berlaku perkara tak diingini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.