Playlist

Cosmo senaraikan buku kembara yang akan mengubah cara kamu melihat dunia...

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

A Moveable Feast (Life Changing Food Adventures Around The World) oleh Don George

Kompilasi cerita pendek daripada orang kuat bahagian hospitalit­i seperti chef, pengkritik makanan, pengurus hotel dan ramai lagi. Terdapat 38 sketsa yang mampu membuka mata kamu untuk menghargai segalanya sepanjang mengembara. The Art of Travel oleh Alain de Botton

Kebanyakan buku kembara berkisar tentang perjalanan, tetapi penulis ini memilih untuk mengetenga­hkan pandangan jujur dan falsafah tentang pengembara­an. Sama ada suka atau tidak, bukan semua percutian akan menggembir­akan kamu.

The Alchemist oleh Paulo Coelho

Kebanyakan pelancong mencari sesuatu dalam pengembara­an mereka, sama ada tapak arkeologi menakjubka­n atau makanan paling lazat. Tetapi ketika sibuk mencari sesuatu yang luar biasa, kamu biasanya akan menemui sesuatu tentang diri sendiri yang kamu tak sedar kewujudann­ya. Lands of Lost Borders: Out of Bounds on the Silk Road oleh Kate Harris

Di mana kamu ingin mengembara apabila setiap destinasi di bumi telah dilawati berjuta pengembara lain? Wujudkah manamana lokasi yang belum ditemui dan diterokai? Kate Harris merungkai soalan ini dan berkongsi pengalaman­nya berbasikal di Silk Road selama satu tahun.

The Beach oleh Alex Garland

Buku ini akan mengubah cara kamu berfikir tentang definisi syurga dunia. Garland mencipta gambaran syurga, menarik perhatian kamu untuk berfikir tentang watak yang telah bakal menemui syurga dunia tersebut, kemudian menyedarka­n kamu tentang realiti percutian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.