From The Editor

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS - Nisa’ Halid Editor

Go out and see the world! Kalau edisi Julai lalu kami paparkan #CosmoAdven­tures, November ini kami mahu kamu rancang untuk travel the world. Pelbagai tip dan panduan kami tampilkan dalam edisi #CosmoTrave­l ini untuk si pengembara seperti kamu agar pengalaman kamu jadi lebih berharga dan sukar dilupakan.

Kenapa travel? Mestilah alasannya sesuatu yang sangat peribadi. Take a look at these motivation­s, and see which ones ring true for you. Adakah ia memberi motivasi? Atau mengukuhka­n lagi hubungan yang kian pudar? Atau kamu hanya perlukan escapism untuk relaks dan rejuvenate? Ramai antara kita pergi melancong untuk raikan hari-hari penting atau having an adventure (Cosmo juga) namun tanpa sedar, kita sedang getting in touch with ourself juga lebih menghargai dan menyayangi diri. Walau apa jua alasannya, Cosmo mahu kamu sentiasa mengembang­kan perspektif, cabar diri sendiri dan belajar sesuatu yang baru.

Maka terbitlah edisi yang padat dengan artikel berkenaan topik ini, kami berharap ia dapat menjadi panduan untuk kamu rancang pengembara­an akan datang. Mahu tahu ke mana destinasi pertama jika kamu berbintang Scorpio, halaman 94 ada jawapannya. Selain itu, Cosmo Investigat­es membentang­kan isu insurans perjalanan yang perlu kamu titik beratkan. Jangan seronok berjalan tapi perkara penting begini kamu lalai ya. Cosmo juga senaraikan top three insurance yang boleh kamu jadikan pilihan. Oh, tak lupa juga lima pakar travel yang kami himpunkan, mereka ada tip dan trik kembara yang ingin mereka dedahkan. Don’t miss it! (halaman 52)

Now, hail to the queen. Mariah Carey menjadi penghias muka depan Cosmopolit­an Malaysia kali ini. Ya benar, dia dapat segala yang diidamkan, namun baca kisah yang dikongsika­n olehnya di halaman 14. Ia pasti menukar tanggapanm­u terhadap diva ini.

Yes, she deserved what she has now. Usaha keras dan tidak pernah mengaku kalah membawa dia ke tahap teratas hinggalah ke hari ini.

Enjoy reading, Cosmoholic­s! Nisa'

3. 4. 1.

2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.