“Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun dan memiliki dua cahaya mata. Apa yang membuatkan saya bengang, suami menghilang­kan diri selama sebulan. Dia sanggup duduk di rumah ibu bapanya daripada mencari kerja dan menyara kami sekeluarga. Apa yang perlu saya

Kamu ada kemusykila­n tentang pasangan dan perhubunga­n cinta? Jangan risau, Cosmo bantu kamu selesaikan segala persoalan yang terbuku di hati.

Cosmopolitan (Malaysia) - - CONTENTS -

Q/ Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun dan memiliki dua cahaya mata. Apa yang membuatkan saya bengang, suami menghilang­kan diri selama sebulan. Dia sanggup duduk di rumah ibu bapanya daripada mencari kerja dan menyara kami sekeluarga. Apa yang perlu saya lakukan? Ikutkan hati, nak saja saya tinggalkan dia! A/ Cosmo bersimpati dengan keadaan kamu! Sudahkah kamu menghantar pesanan teks kepadanya untuk jalankan tanggungja­wab (memandangk­an dia menetap di rumah orang tuanya)? Sudahkah kamu minta bantuan mentua supaya menasihati anak lelakinya? Jika kamu sudah lakukan segalanya dan si dia masih dengan karakter ‘biawak hidup’, ada baiknya kamu ke pejabat agama untuk dapatkan kaunseling dan pendapat daripada pihak yang lebih arif.

Q/ Saya tak mahu burukkan suami saya tapi masalahnya perangai dia macam orang bujang. Bayangkan, saya menguruska­n empat anak yang masih kecil sendirian, dia pula sibuk melepak dengan kawan. Sudah berkali-kali saya nasihat dan marahinya tapi masih tak ada perubahan. Penatnya!

A/ Cosmo faham kamu dalam fasa penat kerana tak ada pasangan untuk bekerjasam­a. Namun membentak atau marah bukan cara terbaik untuk atasi masalah ini. Apa yang boleh kamu lakukan adalah minta tolong dengan penuh diplomasi. Kamu juga boleh buat jadual tugas, sebelum dia keluar dengan teman, pastikan dia siapkan tugasnya. Selepas segalanya selesai, barulah boleh lepak lama dan hati kamu pun tak sakit mana. Sifat lelaki selalunya tak suka dipaksa, jadi beri dia peluang untuk buat tugas yang dia suka ya?

Q/ Saya bercinta dengan seorang jejaka selama enam bulan. Pada awalnya semua tampak romantis, maklumlah, ketika itu hati berbunga-bunga bila ada yang mengambil berat tentang rutin harian saya. Lama-kelamaan, saya mula rasa rimas dan terkongkon­g. Tambah lagi, si dia suka video call ketika saya di pejabat sematamata mahu check me out, mungkin tak percayakan saya. Bagaimana ya? A/ Sepanjang kamu mengenali hati budinya, pernahkah kamu kantoi curang dengan jejaka lain? Tak mudah seorang lelaki untuk cemburu tanpa sebab, tapi Cosmo tak nafikan memang wujud lelaki yang cemburu buta dan bersikap mengongkon­g. Mungkin juga dia curang denganmu dan dalam diam risau kamu buat hal yang sama. Jika kamu pernah curang, kemungkina­n besar dia fobia selepas insiden tersebut – secara tak langsung dia jadi insecure dan mula hujani kamu dengan pelbagai soalan supaya dirinya tak tertipu lagi. Jika semua situasi ini tak berkaitan, cuba ajaknya berbincang dan luahkan yang kamu tak selesa bila dia berbuat sedemikian. Ingat, kalian masih belum bernikah. Ask him to take a chill pill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.