Karya Seni Fesyen

Cosmopolitan (Malaysia) - - STYLE -

COS menyambut 100 tahun Bauhaus dengan sebuah koleksi kolaborasi kapsul Archive Editions. The Bauhaus School diasaskan atas idea untuk mewujudkan Gesamtkuns­twerk (karya seni keseluruha­n) di mana semua bentuk seni termasuk seni bina digabungka­n bersama. Sekolah itu mengetuai pergerakan revolusion­er dan membentuk satu generasi artis yang dihormati pada awal abad ke-20, yang kebanyakan­nya telah menjadi inspirasi kepada jenama itu sejak mula ditubuhkan pada 12 tahun lalu. Untuk meraikan ulang tahun centennial, COS menyelidik­i arkib yang merangkumi 12 tahun untuk membentuk sebuah koleksi kapsul 13 item yang terdiri daripada enam pakaian wanita dan enam pakaian lelaki serta aksesori, yang pada asalnya diilhamkan oleh sekolah Bauhaus dan artis mereka. Cukup menarik!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.