GOOD SKINCARE, TERBAIK BUAT SEMUA

Bersama Dr Albane Durin yang bertanggun­gjawab membangunk­an rangkaian penjagaan kulit Sephora Good Skincare, produk semula jadi yang juga berkesan!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY -

Idea Dan Inspirasi…

Ia bermula dengan perkataan ‘good’ – good untuk kulit dan planet. Kemudian ‘natural’ tetapi ia harus berkesan. Produk natural yang menunaikan janjinya. Dan kami juga mahu melakukan kebaikan pada alam sekitar jadi kami memberi perhatian kepada bungkusann­ya juga.

The Packaging…

Tiada apa yang kami sembunyika­n, semuanya tertera pada kotak setiap produk. Bahan-bahannya, peratusan bahan, sumbernya, semua yang kamu mahu tahu tentang produk itu. Kami singkirkan apa yang tak perlu seperti plastik, kertas tambahan, kertas maklumat. Besar mana botolnya, lebih kurang banyak itulah produknya. Setiap produk muat-muat saja dalam kotak tanpa perlu disendal dengan kertas atau plastik. Setiap botol lut sinar diperbuat daripada plastik kitar semua dan kesemua bekas dan tiub kami guna

plastik bio-sourced yang kebanyakan­nya daripada hampas tebu. Setiap satu produk adalah eco-designed dan boleh dikitar semula.

The Label…

Setiap produk dilabel dengan star ingredient di dalam petak berwarna pada bungkusan. Jadi kamu tahu apa fungsi dan bahan utamanya. Terdapat tiga kategori produk berdasarka­n warna. Untuk pembersih, labelnya hijau biru, merah jambu pula untuk semua produk penjagaan seperti pelembap dan krim. Hijau muda pula adalah rangkaian produk perawatan khusus seperti serum, pupur dan peels.

Setiap produk Good Skincare dirumus serta dibuat di Perancis dan mengandung­i minimum 90 peratus bahan semula jadi. Kandungann­ya juga diperolehi daripada sumber-sumber asal tanpa memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan komuniti tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.