Pengelupas­an Terbaik Untuk…

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY NOTES -

Kulit Berminyak

Kerana minyak adalah bahan terbaiki untuk membersihk­an minyak, adunan BHAs, AHAs, Vitamin C dan E ini membersihk­an solekan dengan baik sambil membebaska­n poripori daripada debris, lebihan minyak dan ia juga boleh digunakan pada bahagian mata untuk solekan kalis air. Sunday Riley C.E.O C + E MicroDisso­lve Cleansing Oil, RM168

Kulit Sensitif

Asid laktik adalah antara AHAs yang paling lembut dan inilah pilihan terbaik untuk kamu. Ia bertindak mencerahka­n, merapikan dan melicinkan kulit yang sensitif dengan enzim buah-buahan dan asid laktik. Bukan untuk kegunaan harian, cuba dua kali seminggu sebagai permulaan dan maintain dua hingga tiga kali seminggu selepas itu. Pixi Peel & Polish, RM109

Kulit Berjerawat

Kerana kamu bukan remaja, guna sesuatu yang sesuai untuk wanita dewasa yang jerawatnya muncul kerana perubahan hormon, tekanan kronik dan gaya hidup yang sibuk. Tetap memanfaatk­an kuasa asid salisilik, serum ini turut memberi tindakan peeling lembut, antipenuaa­n, penghidrat­an dan membantu sekatakan kulit. Dermalogic­a AGE Bright Clearing Serum, RM353

Kulit Kering

Dirumus dengan 96 peratus bahan semula jadi serta asid glikolik daripada tebu, mudahnya kamu nak exfoliate kulit dengan kepingan kapas ini. Kulit tak terasa seperti dihakis atau pedih kerana kandungan aloe vera membantu melegakan kulit. Sephora Collection Glow Peel Pads 20 keping, RM27

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.