Bangun Tidur Terus Bercahaya...

Tukar kepenatan semalam menjadi keserian dan kesegaran dengan langkah mudah pagi ini.

Cosmopolitan (Malaysia) - - BEAUTY BUZZ -

SUNTIKAN WARNA

Jika bawah matamu rasa seperti kantung Ikea yang besar, bibir yang terang boleh buat kamu rasa lebih semenggah daripada perasaanmu. Pilih warna yang betul-betul terang dan bertahan sepanjang hari - Chanel Roue Allure Ink Fusio rona 818 True Red, RM138. Pakai yang ini, tiada siapa akan perasan kamu sebenarnya mengantuk sangat!

SENTIASA BERSEDIA

Berikan diri rangsangan tenaga dengan sarapan yang kaya nutrien. Campakkan beberapa jenis buah, beri, serbuk protein, sayur (apa-apalah yang sihat dan sedap) ke dalam pengisar malam ini, letak dalam peti sejuk dan minum esok pagi.

ACAH-ACAH KULIT SEGAR

Untuk keserian yang dijamin, lapiskan serum dengan asid hialuronik dan pelembap dengan SPF untuk kulit kekal terhidrat dan dilindungi. Cuba Kora Organics Noni Bright Vitamin C Serum, RM260 yang mengandung­i 12 peratus Vitamin C daripada rumusan superfruit­s.

BANGKITKAN RASA BAHAGIA

Caranya? Pakai sesuatu yang buat kamu rasa gembira (sebab ia harum dan memudahkan!) seperti Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Oil, RM25.50. Bukankah formula lembut yang melembapka­n kulit wajah dan tubuh sekali gus ini sesuatu yang kita perlukan setiap hari?

CUBA SESUATU YANG BARU

Tak boleh nak berfungsi tanpa kopi? Sebelum kamu sempat membancuh atau singgah ke kafe untuk beli secawan, ‘kopi’ dalam shower dulu dengan skrub tubuh kopi robusta, gula, minyak badam manis dan kulit kayu manis ini. Frank Body Express-O Scrub, RM85

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.