INDIA #TRAVELSQUA­D KAMI!

Cosmopolitan (Malaysia) - - COSMO SPECIAL -

Great satisfacti­on comes from sharing with others. Enam figura muda ini memiliki kepakaran tersendiri dan tiada seorang pun yang lokek berkongsi pengalaman bersama warganet di media sosial – apatah lagi bila dipanggil untuk menghiasi halaman bulan ini! Jom kenali mereka...

Siapa sangka, segalanya bermula secara suka-suka dengan food hunting, kemudian ramai bertanya di mana spot gadis berkulit sawo matang ini selalu mengisi perut. Ini memberi idea kepadanya untuk berkongsi lebih lagi bersama followers di Instagram.

Apakah kunci untuk mendapatka­n ulasan yang baik daripada kamu? Saya dibesarkan dengan makanan rumah yang dimasak oleh ibu. Tekak dah terbiasa menikmati makanan lazat dan ia membuatkan taste buds saya sentiasa ingin makanan sedap. Pada saya tak kisah berapa nilai sesuatu hidangan, jika ia tak sedap maka tak berbaloi saya war-warkan.

Restoran yang kamu sarankan di Kuala Lumpur?

Okey, sukar untuk jawab soalan ini. Tapi, jika saya terpaksa memilih, saya kategorika­n ia berdasarka­n harga. ‘Murah sangat’ di Kuey Teow Aunty Gemok di Kelana Jaya, ‘sederhana’ di Suki-Ya Steamboat, dan ‘mewah’ di Fuego, Troika Sky Dining

Sekiranya kamu punyai restoran, apakah yang kamu akan hidangkan? Ya, sukar mencari soul food di KL. Sebut saja soul food, dalam fikiran saya hanyalah momen gembira menikmati hidangan sedap bersama teman dengan gelak tawa. This would be great as a neighborho­od restaurant.

Mengembara secara solo seawal usia 16 tahun, tak dinafikan Zainul telah menjelajah ke semua benua di dunia walaupun mengakui sukar untuk habiskan 195 negara dalam 10 atau 20 tahun akan datang. Bukan saja foto di Instagramn­ya cantik belaka, Zainul juga berkongsi momen istimewa di akaun media sosial miliknya.

What’s your favorite place so far?

Sepanjang mengembara, saya bariskan Jepun dan Iran antara dalam senarai teratas. Setiap negara punya tarikan tersendiri tapi Iran sangat istimewa kerana kebanyakan tempat tak benarkan pelancong ambil gambar jadi saya menikmati sesi kembara tanpa perlu hirau untuk mengambil gambar.

Makanan paling menarik pernah dicuba?

Pada 2014, saya ke Brazil dan bila tiba di sana, saya mencuba semut merah sebagai pembuka selera. Semut merah tersebut diperap dengan epal hijau. Ini antara menu paling pelik pernah dicuba!

Nasihat terbaik pernah kamu terima sepanjang mengembara solo?

Jika ingin mengembara seperti saya, hormatilah budaya sesebuah negara. Secara tak langsung, kamu dapat lihat negara tersebut dalam masa sehari. Saya selesa duduk di kafe dan memerhati penduduk tempatan ketika berada di negara luar.

Bermula dengan hobi, kini gadis cantik ini menjadikan

blogger sebagai kerjayanya. Setiap bulan dia mengembara ke pelbagai destinasi (percuma okey) untuk dikongsi bersama semua pengikutny­a sejak lima tahun lalu.

Bagaimana segalanya bermula?

Ketika membesar saya dikawal ketat oleh ibu bapa, jadi saya hanya luang masa dengan menulis blog tentang hari-hari yang dilalui. Dalam masa sama, saya minat dengan produk kecantikan. Dari situ, saya mulakan review tanpa bayaran sebelum menjadi

travel blogger sepenuh masa.

What happens if you get paid to do something but you hate it?

Jika saya tak berkenan, saya akan beri honest review tentang sesuatu produk atau apa saja sebelum post di laman sosial, saya akan pulangkan produk serta bayaran yang telah diterima. Saya tak mahu kongsi sesuatu yang tidak berkualiti dan paling penting, I dont know how to fake it.

Bagaimana kamu mencari job? Adakah ia datang sendiri kepada kamu atau sebaliknya?

Saya bersyukur kerana kebanyakan klien datang mencari saya, mungkin mereka tahu stail dan cara saya bekerja. Jarang saya mencarinya kerana khuatir tak serasi dengan produk klien.

Graduan Master of Architectu­re ini meminati fotografi setelah sering melihat pemandanga­n indah menerusi internet.

Mengapa ‘lari’ daripada bidang arkitek?

Ramai yang berfikir jika menjadi arkitek, kamu kena habiskan masa di pejabat dan melakar. Tapi, kerjaya sebagai architectu­ral

photograph­ers juga sebahagian daripada bidang seni bina. Bezanya, saya tak melakar tapi lebih kepada mengambil gambar seni bina untuk dijadikan rujukan buat klien.

Kamera yang menjadi pilihan kalbu? Sebelum melanjutka­n pelajaran ke United Kingdom, saya ingin beli kamera kerana mahu abadikan kenangan. Nak dijadikan cerita, ramai menyaranka­n saya kamera Canon. Pendapat saya, ia bukan jenis atau jenama sesebuah kamera tapi lebih kepada bagaimana kamu ingin menggunaka­nnya.

Pernah mengambil course atau formal training sebagai jurugambar?

Saya hanya snap momen dan tak pernah jalani apa-apa formal training hingga terpilih menyertai program Canon Youth Ambassador.

Selama lapan bulan, saya ke kelas untuk belajar dan diberi tugasan kemudian rezeki menyebelah­i dan saya dipilih sebagai Canon

Youth Ambassador selama setahun.

Kedua-dua pemuda Forbes 30

Under 30 ini memulakan perniagaan ini untuk menyara keluarga. Dalam masa lima tahun, segalanya berubah kerana ARBA Travel telah dinobatkan sebagai Top 30 SME in Malaysia pada 2017 oleh SME Corp Malaysia.

Perbezaan ARBA Travel dengan agensi pelanconga­n lain?

Kami bukan agensi pelanconga­n tetapi travel company. ARBA Travel mempunyai syarikat boleh dikatakan seluruh dunia, dan

team tempatan akan menjaga di setiap negara. ARBA Travel juga tidak menjual pakej ‘atas angin’ tapi kami buat sendiri pakej untuk pelanggan. Kami juga menjual

item atau ala carte, contohnya jika pelanggan mahu beli perkhidmat­an supir di Indonesia, we’ve got it covered for you!

Bagaimana tercetusny­a idea untuk buka

ARBA Travel?

Persamaan kami adalah isteri bekerja sebagai doktor. Memandangk­an jadual doktor padat, kami mengalah dan tinggalkan kerjaya sedia ada. Kami berbincang untuk buka syarikat kerana mahukan fleksibili­ti. Tercetusny­a syarikat ini dan tak sangka dalam masa singkat ia melonjak naik dengan baik sekali.

Bagaimana kamu berdua terpilih sebagai Forbes 30 Under 30?

Forbes 30 agak sukar kerana ia terbahagi kepada banyak bahagian. Benua Asia mempunyai calon paling ramai, kemudian skala tersebut dikecilkan kepada 30 orang untuk bahagian perniagaan. Banyak ujian dan temu duga yang kami lalui hinggalah terpilih menjadi 30 yang terbaik and we made it!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.