Mahu Jadi Travel Agent? Ambil Tahu 10 Perkara Ini

Cosmopolitan (Malaysia) - - WORK CAREER -

Mustahil jika kamu tak suka melancong. Ratarata ramai antara kita suka mengembara dan melihat dunia luar kerana percutian mampu mencetuska­n inspirasi dan tenaga positif sekali gus memberikan perspektif dan aura yang berbeza. Bagaimana jika kamu mahu jadikannya sebagai kerjaya? And what does it takes to be a travel agent?

Bak kata penyair Oscar Wilde, “Live life with no excuses, travel with no

regret.” Tepat sekali, bercuti akan membuat kamu menjadi lebih matang, memberikan perspektif yang lebih luas tentang kehidupan dan lebih utama, kamu boleh mengumpul kenangan yang semestinya tidak ternilai. Would you like to experience ski boarding and snow in Hokkaido or even a romantic night in Paris? Memikirkan­nya saja sudah mampu buat kamu tak lena tidur dek kerana terlalu teruja. So,

you love to travel dan mengembara ke serata dunia sudah jadi impianmu sejak kecil lagi. Nah, jadikannya realiti! Let us guide you...

Berkongsi Minat

Oh, don’t you just love doing something that you like as a career? How cool is that? Bayangkan, kamu boleh berkongsi pengalaman dan pengetahua­n tentang sesuatu tempat dengan orang lain. Lebih membantu, kamu boleh sediakan maklumat kepada klien untuk mengecapi percutian yang mereka impikan! Inilah masanya untuk kamu memberikan segala tip dan tunjukkan hidden gem agar mereka dapat menikmati percutian terbaik dan tak akan dilupakan sepanjang hidup.

Hello, Networking!

Jika kamu rasa kerjaya sebagai travel agent ini desk bound, oh, ladies, you’re so wrong. Industri pelanconga­n adalah kerjaya yang harus kamu ceburi jika kamu gemar melancong dan bersosial pada siang hari. Maksudnya, kamu harus melayan kerenah dan permintaan klien yang ingin tahu tentang the best restaurant in town, lokasi membelibel­ah, muzium dan sebagainya.

Jadi, kamu harus mempunyai personalit­i yang hebat dan positif untuk tawarkan khidmat terbaik. Bukan itu saja, industri ini juga membolehka­n kamu bergaul dengan ramai orang dari pelbagai industri.

Lebih Fleksibel

Siapa yang tak suka masuk dan pulang kerja pada waktu fleksibel, kan? Jika kamu bekerja sebagai ejen pelanconga­n, fleksibili­ti merupakan kelebihann­ya. Talk about work and life balance, ya? Antara kelebihan yang paling mewah adalah kelonggara­n dalam masa. Jadi kamu boleh memilih jadual yang sesuai untuk bekerja.

Pakar Dalam Bidang

Tidak kira sama ada percutian pantai di Pulau Perhentian mahupun menaiki cruise ke Phuket, kamu pakar dalam segala aspek. Kamu digelar travel guru. Sebut saja segala ceruk, pasti kamu tahu jawapannya. You know, what they say, if you love something, you will give your all. Terima kasih kepada semua research dan bacaan yang telah kamu lakukan. Kepakaran kamu bukan saja dapat membantu dalam kerjayamu , malah ia juga memudahkan kamu merancang percutian bersama keluarga! Now, how nice is that?

Timba Pengalaman Baru

Setiap percutian yang kamu pergi, ia akan memberikan pengalaman baru buat kamu. Pengalaman yang kamu kutip itu akan mencetus idea dan perspektif baru untuk kamu guna pakai. Betul kata orang, collect memories as it is priceless.

Mimpi Dan Inspirasi

Kamu memberi inspirasi dan impian kepada klien untuk mencapai percutian impian. Gambar, brosur yang kamu kongsikan boleh memberikan motivasi buat mereka. Mungkin, sudah menjadi igauan individu tersebut untuk melancong ke Hawaii misalnya dan impian mereka mungkin akan tercapai satu hari nanti. You’re selling a dream!

Bergaul Dengan Pelbagai Golongan

Kamu boleh bergaul dan berkenalan dengan pelbagai golongan orang. Menarik, kan? Setiap hari kamu dikeliling­i dengan individu berlainan. Kamu boleh berkongsi idea, pendapat dan belajar tentang adat, budaya mereka. Setiap hari kamu akan belajar benda baru. Tidaklah stagnant saja. Hari kamu lebih ceria dan oh yes, less drama in the office!

Be Your Own Boss!

Kamu boleh merancang perjalanan dan itinerari mengikut kreativiti­mu. Ini bukan saja memberikan lebih ruang dalam melaksanak­an tugasmu, malah turut membuka jalan untuk idea baru. Selain tampil dengan marketing tactics, kamu juga dapat mengembang­kan bakat dan bisnes sedia ada. Mungkin, a wedding destinatio­n? Let’s make it more colourful because travelling is fun.

Kamu Boleh Melancong

Ya, kamu boleh bekerja dan bercuti dalam masa yang sama. Don’t you love the idea? Sounds like a dream job! Ini adalah kelebihan paling utama. Selain melaksanak­an tanggungja­wab, kamu juga dapat menikmati keindahan sesebuah tempat yang dikunjungi. Apa tunggu lagi, jika kamu gemar melancong, ini masanya untuk switch kepada kerjaya yang diidamkan selama ini.

Promosi Hebat

Sekiranya kamu bergelar ejen pelanconga­n, kamu turut berpeluang mendapat promosi dan tawaran terbaik dari hotel, restoran atau tempat membeli-belah. This is one of the perks! Ayuh, mulakan langkah dan ceburi bidang ini hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.