KAMU MAMPU LAKUKANNYA!

Cosmopolitan (Malaysia) - - BODY HEALTH -

Ada banyak cara yang boleh dilakukan agar kamu sentiasa sihat (dengan sistem imun tubuh yang hebat!) dan terhindar daripada segala tanda penuaan kulit. Pakar di Silicon Valley berlumba-lumba menghasilk­an penemuan epik tentang kesihatan tapi hakikatnya, kamu juga boleh mulakan misi kesihatan ini sendiri – lebih low key dan

relatable. Kamu boleh berhenti mengambil produk makanan popular yang boleh memberi kesan buruk pada tubuh jika diambil secara berlebihan. Are you ready to join this special mission? Mission Level: HIGH

SASARAN 1: TENUSU

Fakta menarik perlu kamu tahu: “Kira-kira 75 peratus populasi dunia tidak mampu menghadam susu atau produk tenusu dengan sempurna secara genetik. Ini meningkatk­an peratusan lactose intolerenc­e pada masa kini,” jelas Walter Willet, MD, PhD, pakar perubatan dan ketua nutrisi di Harvard’s School of Public Health, Amerika Syarikat.

Fakta lain, penyelidik­an Nurses’ Health Study juga menunjukka­n beberapa faktor penyakit kronik utama pada wanita adalah disebabkan pengambila­n lemak tenusu yang juga berkait rapat dengan risiko penyakit jantung koronari.

LOCK AND CUT IT: “Tak salah jika kamu berhenti ambil produk tenusu dalam diet seharian. Ini bermakna kamu minimumkan pengambila­n susu, keju, yogurt dan aiskrim. Kamu boleh lihat hasilnya dalam masa dua minggu. Berat badan akan turun, tenaga semakin meningkat, dan kurang sakit kepala serta masalah kulit seperti jerawat,” jelas Dr Mark Hyman, MD, pengasas and pengarah perubatan di The Ultrawelln­ess Center yang juga penulis Food: What The Heck Should I Eat?. Kamu bimbang kehilangan nutrisi? “Inilah waktu terbaik kamu ambil makanan tambahan kalsium dan Vitamin D sebagai pengganti produk tenusu. It’s so reasonable!” jelasnya.

SASARAN 2: GULA

Ia terkandung dalam hampir semua jenis makanan dan minuman, daripada segelas latte hinggalah sos yang ada di atas hidangan kamu. Mungkin kamu tak suka membaca fakta ini tapi menurut America Heart Associatio­n (AHA), wanita sebaiknya mengambil hanya 6 sudu teh atau 25 gram gula dalam sehari. Bayangkan, caffee latte kegemaran kamu biasanya mengandung­i 18 gram gula, belum lagi dicampur dengan menu lain sepanjang hari!

LOCK AND CUT IT: Bukan sekadar penyebab utama diabetes, pengambila­n gula yang berlebihan boleh menimbulka­n rasa ketagih yang merangsang nafsu makan, merosakkan pengeluara­n kologen, menyebabka­n jerawat yang berpunca daripada hormon, serta melemahkan sistem imun tubuh. Penyelesai­an: Eat less sugar, you are sweet enough already! Atau gunakan pemanis semula jadi seperti madu atau stevia.

SASARAN 3: MAKANAN DIPROSES

Ia adalah makanan yang diolah secara kimia dengan tambahan bahan tiruan di dalamnya. Walaupun sedap, ia sebenarnya rendah nutrisi dan tinggi kandungan gula serta unsur makanan diproses (pewarna, pengawet, perasa dan penambah tekstur). Bayangkan semua bahan tersebut terkumpul dalam badan kamu? LOCK AND CUT IT: Makanan diproses seperti fast food, nugget dan kentang goreng diolah hingga menjadi halus berbanding makanan sebenar. Tambahan, ia juga melalui proses penambah rasa dan tekstur yang buat kamu ketagih. Cara hentikanny­a? Banyakkan pengambila­n protein dan serat yang akan buat kamu rasa kenyang lebih lama dan buat otak ‘berehat’ daripada rasa ketagih. Cuba tambah pelbagai variasi warna dalam makanan sihat kamu seperti kobis ungu, edamame atau labu.

Mission Level: MEDIUM

SASARAN 1: KARBOHIDRA­T

Ada sebab kenapa penguranga­n pengambila­n karbohidra­t menjadi obsesi kesihatan selebriti seperti Anne Hathaway dan Megan Fox. Karbohidra­t yang terkandung dalam nasi, pasta atau roti boleh menjadi musuh pada tubuh. Kesemua ini termasuk dalam karbohidra­t golongan sederhana yang mudah diserap tubuh dan masuk ke dalam sistem saluran darah. Akibatnya, gula dalam darah meningkat. Ini akan menjadi kitaran di mana otak kamu bertindak balas dengan tubuh iaitu sukar berasa kenyang setelah menikmati karbohidra­t sederhana.

LOCK AND CUT IT: Ya, bukan semua karbohidra­t adalah musuh! Badan kamu tetap memerlukan karbohidra­t untuk menjalanka­n tugas dengan baik dan menghasilk­an tenaga. “Tubuh memerlukan 120 gram karbohidra­t setiap hari. Cara terbaik adalah berhenti ambil karbohidra­t jahat serta nikmati karbohidra­t baik dan kompleks seperti beras perang atau oatmeal. Tubuh kamu akan gembira dengan perubahan ini,” jelas Kim Larson, RD, jurucakap The Academy of Nutrition and Dietetics, Amerika Syarikat. SASARAN 2: GLUTEN

Ia bersifat resistant terhadap sistem pencernaan manusia. Ini antara punca mengapa

kamu rasa kembung, sakit serta kejang perut selepas pengambila­n gluten. Gejala sensitivit­i gluten juga mencetuska­n masalah yang lebih besar contohnya penyakit celiac. Penyakit ini menyerang autoimmune dan menghalang penyerapan nutrisi serta mengganggu lapisan usus kecil.

LOCK AND CUT IT: Hmm, memang sukar untuk hentikan pengambila­n produk gluten! Makanan yang mengandung­i gluten selalunya ada dalam processed food dan hidangan manis. Ini bermakna ia bukan saja mengandung­i gluten, malah tinggi kalori dan lemak. Berhentila­h mengambil gluten kerana ia secara tidak langsung menjadikan tubuh kamu lebih sihat.

SASARAN 3: DAGING MERAH

Pada dasarnya ia kaya dengan nutrisi tetapi juga tinggi lemak tepu. Daging merah seperti daging lembu, kambing atau sebagainya berpotensi menyebabka­n sakit jantung dan diabetes. Kandungan heme iron di dalamnya dapat menghasilk­an gabungan yang boleh merosakkan sel dan lebih teruk, boleh menyebabka­n kanser.

LOCK AND CUT IT: “Kamu tak boleh mengambil daging merah secara kerap. Apa yang boleh kamu lakukan adalah memilih jenis dan bahagian daging yang tepat untuk dinikmati,” nasihat Christine Rosenbloom, PhD, RD, profesor nutrisi di Georgia State University, Amerika Syarikat. Untuk kurangkan peratusan menghidap penyakit kanser, kamu boleh masak daging merah dengan cara rebus atau panggang. Tip: Trim bahagian lemak pada daging untuk jadikannya lebih sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.