N97

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIS­T HOTSPOT -

9, Lorong Kurau, Bangsar, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 6pm - 12am (Selasa - Ahad)

Kamu peminat Tomahawk? Kami ada spot hangat dan terbaik untuk kamu. Amaran: Jangan datang ke sini seorang diri jika kamu bukan penggemar daging. Tomahawk perlu dikongsi kecuali jika kamu seorang karnivor! Berat daging yang dihidangka­n ini kurang dua kilogram dan ia paling sedap dinikmati pada tahap medium rare. Saki baki daging pada tulang tadi akan digunakan untuk memasak nasi goreng kampung khas buat kamu. Rasanya memang terbaik! Antara menu lain yang kami cuba di sini adalah kekapis Hokkaido yang dimasak sebentar bersama mentega dan dihiasi dengan cauliflowe­r parmesan puree. Jika kamu bukan penggemar daging atau makanan laut, Cosmo sarankan kamu cuba Chicken Roulade yang disumbat dengan bayam, turkey ham, keju cheddar dan puri labu. Oh, so juicy! Terbayangb­ayang hingga ke hari ini.

Head Chef N97 Raziq Hussni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.