Flipp

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIS­T HOTSPOT -

24, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6pm - 12am (Selasa - Ahad)

Tak dapat dinafikan, kecur air liur bila melihat Cosmo membelek menu di sini! Pemilik restoran ini mengabungk­an cita rasa Jepun yang diolah untuk menghasilk­an keunikan pada setiap sajian. Kami berpeluang mencuba hidangan signature yang dimulakan dengan starter Beef Tataki. Dagingnya cukup empuk dan lembut, tak perlu kunyah bersungguh-sungguh dan ia dimasak medium rare. Hidangan ini disempurna­kan Ponzu Sauce. Jika kamu peminat makanan laut, pastikan kamu pesan Japanese Scallop – kekapis yang dimasak bersama mentega dan bawang putih. Cukup segar dan manis, rugi kalau tak cuba! Antara hidangan signature lain yang mesti kamu cuba adalah Wagyu Katsu Sando, Baked Cheesy Chicken dan Wagyu Teriyaki Burger. Cosmo jatuh cinta dengan ikan kod yang dipanggang bersama Ponzu Dressing. Sedap tak terkata! There’s always room for desserts, jadi kami memilih pavlova yang digabungka­n bersama aiskrim matcha, chantilly cream, blueberry caulis dan green tea crumble. Kamu juga boleh mencuba Green Tea Cream Brulee yang dihidangka­n bersama krim vanila, macadamia crumble dan aiskrim yuzu. Pasti kamu jatuh cinta!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.