DEKATI BOBA MOGUL MALAYSIA

Cosmopolitan (Malaysia) - - LIFESTYLIS­T -

Fenomena boba belum reda, sejujurnya Cosmo sendiri pun terjebak. Pernah tak kamu tertanya siapakah orang kuat di sebaliknya? Kami dekati pengasas salah satu jenama boba tea terkenal, Chatime iaitu Aliza Ali, 34, untuk ketahui bagaimana dia mendominas­i industri food & beverage yang kian pesat membangun. Ini fakta menarik yang kamu perlu tahu.

“Dalam era women empowermen­t, Saya percaya penting bagi wanita untuk keluar dari bayang-bayang lelaki dan dorong diri untuk gunakan kemahiran dan kebolehan serta memecahkan sempadan dan stereotaip yang telah diletakkan pada wanita. Saya mahu memberi inspirasi kepada semua wanita fearless untuk terus berjaya dalam apa jua bidang mereka ceburi. Whorunthe world?Girls!” - Aliza Ali, PENGARAH URUSAN KUMPULAN CHATIME MALAYSIA

Kebanggaan terbesar Chatime adalah pelancaran Brown Sugar Series yang merangkumi Brown Sugar Pearl Milk Tea with Sago dan Brown Sugar Oatmeal Milk Tea yang mendapat sambutan hangat dari #ChatimeGan­g.

Tak dinafikan, Aliza dan rakan kongsinya selalu bertukar idea dan sependapat untuk menaikkan lagi nama jenama ini. Bukan saja memperbaik­i dirinya sebagai pemimpin malah memikirkan cara untuk membawa Chatime ke peringkat global.

Dengan tekad dan ketekunan, dia kini memiliki seluruh empayar Chatime bukan saja di Malaysia, tetapi Singapura dan tidak lama lagi di Arab Saudi.

Sama seperti Cosmo, Aliza adalah pelanggan tetap minuman Chatime. Dek kerana minat dengan minuman ini, dia tergerak hati dan mendapat idea untuk membuka francais Chatime.

Jenama ini bakal berkolabor­asi dengan Neelofa. Neelofa x Chatime Signature adalah kafe Chatime pertama di Malaysia. Hidangan, minuman dan rekaan dalaman kafe ini cukup Insta-worthy. Ia juga diilhamkan oleh perjalanan Neelofa ke seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.