Horoskop Kamu November Ini

Cosmopolitan (Malaysia) - - HOROSCOPES -

CAPRICORN 22.12 - 19.1

Hubungan kamu dengan si dia agak goyah, dalam erti kata lain bakal retak selepas 20 November. Nangislah sepuasnya jika kamu mahu. Cari aktiviti untuk kill the time supaya kamu tak ingat si dia selalu. Luang masa dengan keluarga selepas 26 November.

ARIES 21.3 - 19.4

Kamu tak akan berpuas hati dengan kerja melainkan hasilnya ekstravaga­nza. Pastikan rakan sekerja membantu untuk selesaikan tugas. Bila semuanya selesai, bolehlah kamu tarik nafas lega dan pulang ke rumah dengan senyuman.

CANCER 21.6 - 22.7

Sudah lama kamu sendirian, jangan malas untuk keluar bersosial sebelum 10 November. Buat carian di Tinder, manalah tahu ada jejaka yang memenuhi kriteria kamu. Beranikan diri untuk ajak si dia keluar minum kopi. Tak salah, kan?

VIRGO 23.8 - 22.9

Teman menjauhkan diri kerana kamu sibuk bercinta sampai tak ingat dunia. Girls, jangan begitu. Kumpulkan temanteman dan beri kejutan dengan hidangan hasil air tangan kamu. Kemudian tonton siri di Netflix back to back sambil bergosip. Seronok!

AQUARIUS 20.1 - 18.2

Mengapa ya sejak kebelakang­an ini, duit asyik tak cukup? Jika persoalan ini menghantui kamu, Cosmo cadangkan kamu berjumpa kaunselor untuk atur dan pelan kewangan kamu. Tak salah berboros tapi jangan selalu okey.

TAURUS 20.4 - 21.5

Kamu dalam fasa mengubah penampilan, secara tak langsung banyak mata memerhati. Dari segi

interperso­nal skill juga tampak perubahan ketara. Dalam diam, ramai head hunter mahu kamu hadiri temu duga. Pilihlah haluan kerjaya kamu dengan bijak ya. LEO 23.7 - 22.8 Spotlight menyinari kamu sepanjang berada di pejabat. Tapi jika kamu lakukan kesilapan, alamatnya bakal dibuang kerja. Jangan pula tertekan dengan apa Cosmo katakan, kamu pandai survive jadi tak ada hal jika ditimpa masalah.

LIBRA 23.9 - 22.10

Cuba fikir bahawa bersenam adalah sesuatu yang patut dilakukan oleh badan. Jika kamu baru berjinak dengan senaman, cuba berjalan sekitar kawasan rumah selama 30 minit setiap hari. Bila 26 November tiba, bolehlah kamu sign-up sebagai ahli di gim.

PISCES 18.2 - 19.3

Ketika sibuk menjaga kesihatan, kamu mungkin merasa there is a bit too much to keep track

of! Diet, senaman, suplemen, tidur dan banyak lagi. Percayalah

self love mampu meningkatk­an mood kamu supaya sentiasa positif.

GEMINI 22.5 - 20.6

Akhir-akhir kamu tak berapa sihat, tanya diri apa definisi kesihatan bagi kamu? Jika sukar untuk mulakan rutin senaman, senaraikan healthy things to

do. Barulah kamu rasa lebih bertenaga untuk lakukan apa jua aktiviti.

SAGITTARIU­S 22.11 - 12.21

Sektor kerjaya membawa ke titik perubahan. Pertimbang­kan kerana ia satu proses untuk capai citacita dan matlamat dan anggap ia perubahan positif pada diri. Jika kamu belum ‘sangkut’ dapat kerja baru, luaskan networking okey.

SCORPIO G IRL BELLA DALLY 27.9. 1991

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.