NOTA CANTIK

Prep Raya!

EH (Malaysia) - - SEPINTAS - TEKS, PENYELARAS AZLIANY MOHAMAD ARAHAN SENI ESTEE EREEZA FOTOGRAFI JASON LEE

Ketika sedang asyik mencari baju dan kasut raya, tanpa menyedari kulit menjadi semakin kusam dan kering. Rutin penjagaan asas wajah perlu diteruskan walaupun anda keletihan seharian berpuasa atau sibuk membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Penjagaan asas penting bagi mengekalkan wajah yang bersih, bercahaya dan kulitnya pula mulus.

Minum air putih yang mencukupi dan santap sajian yang memberikan tenaga dan khasiat pada kulit dan tubuh badan juga amat membantu bagi mengatasi masalah kulit. Tidur yang cukup juga perlu agar mata tidak kelihatan sembap pada keesokan hari.

Apa kata seminggu sebelum menjelangnya Syawal, cuba beri perhatian khusus pada rawatan wajah. Sekiranya anda boleh luangkan masa berjam-jam untuk mencari baju raya, apa salahnya luangkan sedikit masa untuk mendapatkan rawatan profesional di spa.

Sekiranya anda tidak sempat mendapatkan rawatan profesional di spa, anda juga boleh melakukannya di rumah. Alasan malas dan penat perlu disingkirkan dari minda anda sekiranya anda inginkan wajah yang cantik sepanjang lebaran. Dengan mengamalkan enam langkah penjagaan asas wajah di bawah secara konsisten, pasti wajah anda akan tampak berseri dan menawan pada pagi Syawal.

PEMBERSIH

Berfungsi membersihkan kotoran, sebum lama, sel-sel mati dan sisa solekan. Melembutkan dan mencairkan sebum supaya liang roma kulit tidak tersumbat. Membersih dan melindungi kulit daripada bakteria. Mempercepatkan proses pengelupasan sel mati dan pemulihan sel. Merangsang peredaran darah, limfa dan juga kelenjar.

PENGELUPASAN

Cucian wajah yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih baik teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

MERAWAT DAN MELEMBAPKAN

Sentiasa pastikan keadaan kulit wajah anda berada dalam keadaan terhidrat. Ia merupaka langkah penting untuk menyiapkan kulit wajah agar hasil solekan tampak cantik. Gunakan pelembap yang sesuai dengan kulit wajah anda. Kulit yang sihat dan terhidrat juga akan membantu mengelakkan kulit menjadi kering.

KRIM TABIR SURIA

Jangan pernah lupa untuk mengoles krim SPF pada wajah kerana ia mampu untuk melindungi kulit daripada terkena sinaran matahari secara terus. Krim terbaik adalah yang mempunyai SPF50 ke atas.

PRIMER

Primer adalah penting kerana kulit perlu ada satu lapisan sebagai pelindung kulit yang mana bertindak memisahkan sentuhan secara langsung antara solekan dan kulit. Primer sangat membantu solekan dioles dengan licin pada kulit wajah. Selain itu, kulit akan berasa lebih anjal, terhidrat dan kekal sepanjang hari.

RAWATAN TAMBAHAN PUPUR WAJAH & RAWATAN PROFESIONAL

Selain asa penjagaan wajah, penjagaan khusus seperti pupur wajahdan rawatan profesional di spa harus dilakukan agar kulit sentiasa segar dan berseri. Ia dapat merawat kulit wajah yang keletihan. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa gunakan pupur wajah yang boleh dibawa tidur. Digalakkan untuk memakai pupur wajah sekurang-kurannya dua atau tiga dalam seminggu. Manakala rawatan profesional cukup sekadar sebulan sekali.

RAMBUT

Perawatan rambut sama pentingnya dengan rawatan kulit. Cantik dan sihatnya rambut kita mencerminkan sejauh mana kita teliti dalam menjaga penampilan diri.

Rambut kelihatan kusam, tidak bercahaya, hujung rambut bercabang, rambut senang putus dan gugur serta kulit kepala gatal itu menandakan rambut anda tidak sihat. Sekiranya anda boleh meluangkan masa untuk membeli-belah baju raya apa salahnya anda curi sedikit masa untuk mendapatkan rawatan rambut. Cukup hanya seminggu sekali, amalkan pemakaian pupur rambut, serum atau minyak rambut sedikit sebanyak ia dapat membantu bagi mendapatkan rambut yang bersinar menawan.

Harga Produk (IKUT ARAH JAM) 1. Sisley Hydra Global Serum Anti-Aging Hydration Booster RM980 2. Chanel Hydra Beauty Micro Liquid Essence RM380 3. Mamonde Moisture Ceramide Light Cream Hibiscus 50ml RM139 4. Shiseido Essential Energy Moisturizing Gel Cream RM240 5. Dermalogica Ultra Calming Calm Water Gel RM328 6. Swiss Line Cell Shock Luxe – Lift Overnight Balm RM738 7. Innisfree Geen Tea Seed Serum 80ml RM110 8. Laneige Water Bank Hydro Essence 150ml RM190 9. L’Occitane Aqua Reotier Ultra Thirst – Quenching Gel 50ml RM170

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.