101 ILHAM

Lilfaraaaah

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Nur Farah atau lebih dikenali sebagai @lilfaraaaah di laman Instagram adalah soerang model juga eksekutif di sebuah syarikat swasta. Berasal dari Pulau Pinang, dia gemarkan stail fesyen yang lebih minimal chic dengan menggabungkan desain dan warna dalam menghasilkan gaya nan elegan. Dia mengagumi stail milik Hana Tajima yang sentiasa bergaya ringkas, lantas menggemari koleksi kolaborasi Hana Tajima bersama Uniqlo selain label Inayah yang moden kekal sopan. Menurutnya, dia suka mengumpul kasut sebagai item fesyen kegemaran. Dan kadang-kadang ada juga kasut yang dibelinya itu hanya sekadar untuk perhiasan sahaja. Tambahnya lagi, wanita tidak perlu memakai pakaian yang ‘over’ tetapi kombinasi yang ringkas, sopan dan anggun sudah mencukupi untuk kelihatan cantik. Bersempena dengan kehadiran Syawal, dia memilih tema batik dan organza. Seperti tahun lepas, dia mendapat tajaan 12 pasang helaian raya daripada pelbagai jenama.

Padanan ton monokromatik bisa menciptakan gaya yang moden dan chic. Kombinasi biru muda dan ungu cukup feminin untuk melangkah bak fesyenista pada hujung minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.