MELANCONG

Live Like A Local!

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Mac lepas kami telah menerima undangan ke Singapura untuk menginap di dua buah hotel terkemuka dibawah naungan Far East Hospitaity iaitu Village Hotel Bugis dan juga Village Hotel Albert Court. Apa yang membezakan pengembaraan kali ini adalah kami berpeluang untuk meneroka tempattempat menarik dengan sendiri menggunakan pengangkutan awam MRT, #LiveLikeLocal.

Menginap di Village Hotel Bugis pada malam pertama merupakan antara highlight buat pengembaraan kami, apa yang istimewanya tempat penginapan ini adalah tempattempat menarik untuk diterokai hanya mengambil masa beberapa minit berjalan kaki, antaranya Restoran Zam-zam, Restoran Mamanda, Grafitti di Haji Lane, Vintage Camera Museum dan banyak lagi. Hotel ini menempatkan 393 buah bilik dan oleh kerana ia mengambil masa dalam 2-4 minit untuk ke Bugis MRT, hotel ini sentiasa menjadi pilihan pelancong.

Keesokan harinya, saya bersama rakan media lain beralih ke hotel kedua Village Hotel Albert Court yang bertempat di jalan 180, Albert Street. Kawasan hotel ini diperkaya dengan tradisi dan seni hias peninggalan rumah kedai Bugis juga India. Melangkah keluar dari tempat penginapan ini anda boleh menikmati Goddess of Mercy Temple juga Singapore Art Museum, Untuk pengembaraan cara lokal pula pengangkutan awam MRT stesen Rochor dan stesen Little India hanya mengambil masa 4-5 minit berjalan kaki.

TEKS RAZIN MOHD GAMBAR VILLAGE HOTEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.