RAIKAN CINTA PENUH ELEGAN

EH (Malaysia) - - JURNAL -

New World Petaling Jaya Hotel membuat debut gah sebagai hartanah New World Hotels & Resort pertama di Malaysia. Mempunyai 300 kamar tidur yang cukup luas termasuklah 20 suit, kedua-duanya direka dan ditata gaya dengan cukup bergaya dan praktikal. Hotel bertaraf lima bintang ini menjadi salah satu hotel tertinggi di Petaling Jaya yang mana sekaligus ia mempunyai pemandangan rooftop yang sangat indah.

Terbinanya New World PJ, ia secara tidak langsung bakal menjadi lokasi pilihan untuk meraikan cinta bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Ini kerana ia mempunyai grand ballroom berkeluasan 1,700 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga 1,000 tetamu.

Yang istimewa lagi, ballroom yang berdiri sendiri dengan pintu utama sendiri ini akan menambah rasa ketibaan raja sehari atau sebarang acara itu lebih mewah dan eksklusif. Ditambah lagi dengan kemudahan jambatan terus ke hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.