SANTAI KOTA

Bukan hanya sebuah bakeri, A Café By Kenny Hill Bakers menawarkan seleksi menu yang lebih komprehensif selain pastri dan kek signature di Desa Park City.

EH (Malaysia) - - CONTENTS - GAMBAR PATRICK CHAN TEKS & PENYELARAS MUZAMMIN MUZLAN

Kreativiti Autentik

Sejak dibuka pada awal 2015, Kenny Hill Bakers yang terletak di Bukit Tunku telah menjadi antara bakeri terhangat di Kuala Lumpur. Kejayaan itu diteruskan dengan pembukaan A Café By Kenny Hill Bakers yang terletak di The Waterfront, Desa Park City. Cawangan kedua ini bukanlah hanya sebuah bakeri, tetapi ia menawarkan barisan menu yang organik, pelbagai dan komprehensif.

Melangkah masuk, pengunjung dapat menghidu haruman bau roti segar yang dipamerkan di ruang hadapan kafe. Croissant, paf tuna, tart cendawan, pain au chocolat, donut brioche dan pai epal antara pilihan pastri yang disediakan di kaunter bakeri setiap hari. Masih mengekalkan vibe kejiranan seperti di Bukit Tunku, kafe ini turut menawarkan ajnas kek yang menyelerakan seperti Chocolate Butterscotch, Pavlova, Peach Strudel, Pecan Pie Cheesecake dan banyak lagi.

Seperti kafe lain, pengunjung boleh memesan hidangan sarapan pagi, sandwic, salad dan yang merangkumi pai, tart dan quiches. Istimewa di sini juga, pengunjung boleh memesan hidangan makan malam yang bermula pada jam enam setiap hari. Piza antara yang menarik di sini. Saya sarankan anda untuk mencuba Beef Pepperoni, Three Cheese dan Al Funghi. Setiap piza menggunakan sourdough organik dan disediakan segar. A Café By Kenny Hill Bakers dibuka bermula dari jam 8 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

ADIDAS

Adidas Running melancarkan AlphaBOUNCE Beyond baharu yang membolehkan para atlet menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi mereka ke tahap yang lebih tinggi. Menerusi gabungan rekaan progresif, fungsi yang dipertingkatkan dan nilai estetika, Adidas Running turut memperkenalkan kempen ‘Run The Game’ dalam tujuan memberikan cabaran kepada atlet memaksimakan kadar larian ke dalam latihan mereka. Kempen edisi kedua ini menampilkan barisan atlet elit Adidas termasuk bintang bola sepak Real Madrid, Gareth Bale, juara tenis Terbuka Australia 2018, Caroline Wozniacki dan ramai lagi.

CASIO G-SHOCK

Casio bersama-sama Team Land Cruiser Toyota Auto Body berkolaborasi dalam menghadirkan rangkaian jam tangan G-Shock model GG-1000TLC-1A. Dalam misi untuk meneruskan dominasi mereka di perlumbaan paling mencabar dunia iaitu Dakar, jam tangan ini turut dihasilkan dengan ketahanan lasak yang terbaik dari kotoran dan lumpur selain sensor berkembar untuk tanda arah dan suhu. Jam tangan terbaharu ini hadir dalam pilihan warna iaitu biru, putih dan merah yang merupakan warna rasmi pasukan. JUL 2018 |

MAISON KITSUNE

Musim ini, Maison Kitsune mahu membawa peminat mereka mengembara ke kota fantasi Romance dalam misi mencari cinta fesyen sejati. Koleksi kali ini pula lebih dengan penggunaan motif sarat karakter seperti burung, bot dan papan luncur pada kemeja, kemeja-t dan baju panas. Himpunan Maison Kitsune boleh didapati di butik b. space di Pavilion Kuala Lumpur.

DOCKERS

Peneraju dalam padanan khaki, Dockers terus menghangatkan gerobok lelaki dengan menampilkan seleksi helaian berasaskan khaki terbaharu. Seiring dengan kempen Always On, helaian ikonik ini santai dipadankan bersama kemeja resort sesuai untuk musim panas agar lelaki sentiasa tampil penuh stail dan selesa. Kehangatan musim ini diteruskan lagi dengan himpunan Dockers Jean Cut yang diinspirasikan daripada celana denim kegemaran anda serta seleksi Dockers Alpha Khaki untuk gaya lebih kemas segak.

MINYAK TUBUH & RAMBUT

Kesegaran limau kini diabadikan dalam bentuk minyak khusus untuk dioles pada tubuh dan rambut. Jo Malone tampil dengan Lime Basil & Mandarin Body & Hair Oil, minyak bertekstur ringan dan mudah diserap kulit. Ia turut diharumkan dengan kehadiran badam dan minyak biji macadamia. Tip memakainya? Semburkan pada kulit yang kering atau lembap, kemudian urut lembut dengan gerakan membulat. Untuk rambut pula, semburkan pada rambut dan urai lembut menggunakan jari. RM315.

MEMUDAR TANDA PENUAAN

Saya mencuba rawatan Total AntiAgeing oleh AsterSpring bulan lalu, dan apa yang dapat disimpulkan ia cukup memuaskan hati. Saya rasa dan lihat perubahannya. Menjadi

highlight rawatan ini ialah mesin LPG Endermologie yang mana mesin ini diluncurkan pada sekitar rahang dan pipi selama 15 minit. Mesin yang menggunakan teknologi anti-penuaan ini rasanya seakan-akan kulit ditarik-tarik lembut, dan usai rawatan saya sendiri dapat melihat garis ketawa saya pudar dan kulit sekitar pipi dan bibir lebih anjal.

Rawatan ini mengambil masa selama 75 minit dan ia dimulakan dengan pembersihan wajah dua kali agar segala kotoran dibersihkan secara total. Menariknya sewaktu cucian, mesin haba (steamer) dipasang agar proses pembersihan lebih berkesan. Paling saya suka bila melakukan sebarang rawatan wajah ialah extraction, yakni proses menyingkirkan sel kulit mati seperti bintik hitam. Kemudian disusuli dengan urutan wajah sebelum penggunaan mesin yang saya sebutkan tadi. Rawatan dilengkapi dengan pemakaian dua pupur yakni pupur dengan manfaat anti-penuaan dan pupur daripada oat untuk mengunci manfaat rawatan secara keseluruhan. Anda disarankan melakukan rawatan ini selama empat kali dalam tiga bulan untuk hasil yang maksimum.

PERISAI KULIT

Merancang percutian musim panas? Usah lupa pek sekali krim tabir suria. Innisfree hadir dengan variasi krim tabir suria sebagai peneman kulit anda. Innisfree Perfect UV Protection Cream Triple Care SPF50+/PA++++ punya fungsi kembar tiga iaitu melindungi kulit dari sinar UV, memudar kedutan wajah serta mencerahkan kulit. Teksturnya tidak melekit dan tahan lama. Ia mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak teh hijau dari Jeju. Turut ada innisfree Perfect UV Protection Cream Anti Pollution SPF50+/PA++++ krim ini kalis air dan kemasannya pusam. Innisfree Daily UV Protection Essence Sensitive SPF50+/PA++++ pula dicipta khusus untuk mereka berkulit sensitif. Harga bermula dari RM65.

all day dining

Piza Beef Pepperoni, RM38

bold playful

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.