LIHAT BACA DENGAR

★★★★

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Terbaru Di Pasaran

PENGARAH Jon M. Chu

LAKON LAYAR Peter Chiarelli & Adele Lim PELAKON Constance Wu, Henry Golding, Gemma Chan, Awkwafina, Michelle Yeoh, Ken Jeong

Romantic comedy film is not dead thanks to Crazy Rich Asians. Ia juga akhirnya berjaya mengangkat kembali genre ini setelah sekian lama ditindas oleh filem aksi serta filem superhero yang boleh dikatakan hadir di pawagam hampir setiap bulan. Filem arahan Jon M. Chu ini adalah adapatasi daripada novel penulisan Kevin Kwan dengan tajuk yang sama mengisahkan tentang seorang wanita, Rachel (lakonan Constance Wu) yang terbang ke Singapura bersama teman lelakinya, Nick (lakonan Henry Golding) sempena majlis perkahwinan teman baik Nick. Pabila di Singapura, Rachel akhirnya mempelajari tentang kebenaran bahawa Nick datang daripada keluarga

Young dan Shang yang paling kaya dan berpengaruh di Singapura.

Filem yang mengangkat barisan pelakon Asia ini juga menampilkan Michelle Yeoh sebagai Elenor Young (ibu kepada Nick) yang enggan merestui hubungan Nick bersama Rachel kerana baginya, mereka datang dari dua dunia berbeza. Filem ini juga merupakan filem pertama dalam masa 25 tahun yang menggunakan semua pelakon dan pengarah Asia. Perubahan besar ini antara punca utama kejayaan filem ini kerana di tahun 2018, representation matters di Hollywood terutamanya jika anda bukan berkulit putih.

Plot cerita mungkin klise bagi sesetengah individu. Tonton dengan minda yang

terbuka kerana plotnya seperti drama soap opera yang sering disiarkan pada waktu tengah hari namun penuh dengan skandal mencuit hati.

Lakonan debut Henry Golding pula cukup memberangsangkan, pastinya chemistry bersama Constance Wu amat dirasakan. Michelle Yeoh berjaya membawa watak seorang ibu Asia yang tegas dan berdisiplin yang mungkin agar sukar difahami buat mereka yang tidak membesar di Asia. Awkwafina yang melakonkan watak Goh Peik Lin iaitu teman baik Rachel di Singapura juga mencuit hati namun saya akui saya agak tidak berpuas hati dengan peranannya kerana ia jauh berbeza dengan buku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.