RAWATAN BUAH-BUAHAN OLEH SOTHYS

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Apabila kulit terdedah dengan pencemaran setiap hari, baik cuaca, stres di pejabat atau pemakanan yang tidak seimbang ia menjadikan kulit penuh dengan toksin. Lantas menjadikan kulit tampak kusam dan lemah. Sothys memahami masalah ini, dan memperkenalkan rawatan anti toksin sempena edisi Musim Luruh/Sejuk 2018. Vanilla-Passion Fruit Mineral Oxygenating Treatment ini mampu merangsangkan sistem pertahanan kulit dengan formula mineral dan anti-toksin multi fungsi. Rawatan ini boleh dicuba di semua salon Sothys di Malaysia dan berharga RM270, namun untuk pelanggan pertama kali akan ditawarkan harga RM189/sesi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.