RAHSIA CANTIK VANIDAH IMRAN

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Siapa ikon cantik Vanidah?

Monica Belluci. Pada umur 54 tahun dia masih kelihatan cantik.

Perkara pertama yang anda lakukan selepas bangun dari tidur?

Minum air masak sebanyak 600ml.

Apa yang penting dalam penjagaan kulit harian?

Seperti orang ramai saya amalkan penjagaan asas seperti mencuci wajah, menyegar dan melembap. Bagi penjagaan tambahan saya memakai krim mata.

Kongsikan tip kecantikan yang anda pelajari dari orang tua anda?

Ayah saya selalu menggosok kedua belah telapak tangannya sehingga panas kemudian tekapkan pada mata. Ia dapat melancarkan peredaran darah sekitar mata. Selain itu minum air secukupnya.

Solekan pilihan anda?

Buat masa sekarang saya sukakan gaya ‘no makeup makeup’.

Bilakah kali pertama anda membeli alat solek?

Ketika saya mula menceburi bidang lakonan iaitu pada berusia 20 tahun.

Tiga produk kesukaan anda?

Gincu bibir, penyamar noda dan bedak dwi fungsi.

Bagaimana pula penjagaan rambut anda?

Saya mengamalkan sapuan minyak kelapa.

Bagaimana anda menangani stres?

Berlari.

Boleh kongsikan tip kesihatan yang ringkas bersama pembaca EH!

Beware with what you eat dan cuba elakkan gula dalam makanan dan minuman.

KIEHL’S Herbal-Infused Micellar Cleansing Water RM115 (250ml) CHANEL Le Lift Creme Riche MAMONDE Pore Clean Toner RM85

SHISEIDO VisionAiry Gel Lipstick

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.