BEDAK ASAS

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK -

Make Up For Ever Ultra HD Foundation rm188

Hadir dengan 40 ton berbeza, jadi siapa yang tidak dapat menemui ton yang serasi dengan mereka? Pada asal pelancaran produk ini tahun 2009, 26 ton sudah diperkenalkan. Direka khusus untuk kemasan bak HD, seiring dengan teknologi HD pada televisyen dan filem yang diperkenalkan waktu itu. Kini ia sudah mencecah 40 ton malah diformulakan dengan teknologi 4k pula. Jadi bedak asas ini bukan saja membuat kulit tampak mulus secara realiti, malah anda boleh gunakan #nofilter pada post swafoto anda!

Laneige Cushion Foundation * Pelopor Cushion Foundation

Rata-rata jenama kosmetik baik jenama farmasi hinggalah jenama mewah, semuanya berlumba-lumba menghasilkan item yang sama. Malah ada juga antra jenama ini yang membeli terus dari kilang pelopor untuk mendapatkan formulasi yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.