TUJUH FUNGSI, SATU SERUM BERKUASA

ANTARA LANGKAH PENJAGAAN WAJAH YANG PALING MUJARAB ADALAH APLIKASI SERUM, TIDAK KIRALAH DIOLES PADA WAKTU SIANG JUGA MALAM. THE FACE SHOP INGIN ANDA MENEROKAI CARA DAN LANGKAH APLIKASI BAHARU DENGAN THE THERAPY FIRST SERUM!

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA THE FACE SHOP -

Penggunaan serum dalam rejim kecantikan menjadi antara langkah penting dalam memelihara kulit untuk tampil lebih hidrat, sihat dan berseri. Dalam pelbagai jenama dan rangkaian yang boleh didapati di pasaran hari ini THE FACE SHOP tampil selangkah ke hadapan dengan satu serum berkuasa The Therapy First Serum yang bukan sahaja boleh diaplikasi dengan satu atau dua langkah, tetapi tujuh cara aplikasi yang boleh dicuba.

Istimewanya serum ini adalah dengan penggunaan fomular sea water blending yang seterusnya menghasilkan French Thalassotherapy Water, ia mengandungi sumber mineral yang tinggi seperti alga biru yang dikenali sebagai bahan anti-oksidan. Bahan-bahan berkuasa ini mengembalikan keserian wajah dengan melambatkan proses penuaan, merangsang tenaga pada kulit dan mengembalikan keseimbagan lembapan agar kulit tampak anjal dan bercahaya.

SEBAGAI LANGKAH PERTAMA APLIKASI

Serum ini disarankan untuk dioles selepas sahaja anda mencuci wajah, serum ini akan meresap lebih pantas dan mengimbangi semula khasiat yang diperlukan kulit.

TEKNIK 7 SKIN LAYERING

Khas buat kulit yang lebih terhidrat dan warna kulit yang lebih sekata anda boleh aplikasikan tujuh lapisan serum menggunakan teknik popular di Korea yang dikenali sebagai ‘chok chok’ buat hasil kulit yang lebih anjal dan berseri.

APLIKASI PENGELUPASAN SEL KULIT MATI

Menggunakan green tea cotton pad yang didatangkan bersama serum ini. Luncurkan pada wajah bermula dari bahagian dalam ke sisi wajah untuk hasil pengelupasan ringan.

SEBAGAI APLIKASI PUPUR

Menggunakan helaian pupur pakai buang, basahkan pupur dengan The Therapy First Serum dan pakai selama 20 minit untuk kulit yang lebih terhidrat.

SEBAGAI APLIKASI PENYEMBUR WAJAH

Masukkan ke dalam botol penyembur wajah dan sembur sahaja pada wajah buat kesegaran sepanjang hari.

SEBAGAI APLIKASI AROMATERAPI

Menggunakan tuala lembap dan panas sembur serum ke atas tuala tersebut, tekap pada wajah dan tarik nafas dalam-dalam selama lima kali. Dengan cara ini anda bakal tampil lebih relaks dan tenang dengan haruman minyak lavender.

SEBAGAI PENENANG STRES

Menggunakan pad kapas yang sudah diserap bersama The Therapy First Serum, letakkan di bahagian pipi dan dahi, biarkan selama dua ke tiga minit. Ini adalah antara cara efektif untuk menenangkan minda serta kulit yang kusam dan letih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.