NUR ASILAH

EH (Malaysia) - - 101 ILHAM -

Nur Asilah Binti Abu Bakar berusia 20 tahun, pelajar UiTM, jurusan peniagaan ini menggemari kecantikan, fesyen dan sukan. Nur Asilah sangat gemarkan “mix and match”. Dia sukakan sesuatu yang ringkas tetapi tampak luar biasa. Katanya, “sesiapa sahaja boleh berpakaian seperti kita tetapi cara mereka stailkannya mungkin berbeza dengan kita sendiri.” Fesyen ikon dan inspirasinya adalah Kaia Gerber, Gigi Hadid dan Kendall Jenner. Dia juga sukakan stail Korea dan arabic namun dia akan mengubah sedikit bersesuaian gayanya yang berhijab. Pereka fesyen pilihannya adalah Elie Saab yang punyai cita rasa minimalis. Dia suka mengumpul pelbagai jenis sweatshirt dan seluar jeans. Nasihatnya, “apabila kita mahu berfesyen jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Mix and match sahaja pakaian anda dan haruslah sentiasa yakin dengan pakaian yang kita pakai kerana kita yang menggayakannya bukan orang lain.”

Baju bulu hijau bersaiz besar yang dipakai olehnya memainkan peranan penting kerana ia menjadikan look ini sangat chic dan santai untuk dipakai.

Jeans biru dan baju kemeja berjalur halus yang digayakan kelihatan sangat minimal dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.