REVOLUSI KUALA LUMPUR FASHION WEEK 2018 B

Edisi keenam ini melabuhkan tirai dengan menyaksikan barisan pereka fesyen lokal dan antarabangsa mementaskan koleksi yang sarat kreativiti dalam mewarnai industri fesyen Malaysia.

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

erlangsung dari 8 sehingga 12 Ogos lalu, Kuala Lumpur Fashion Week 2018 kembali menggegarkan pentas Pavilion Kuala Lumpur dengan menyaksikan barisan pereka fesyen lokal dan antarabangsa mementaskan koleksi terbaharu mereka. Kembali buat kali keenam, edisi tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Scha Alyahya, Neelofa, Fazura, Datin Diana Danielle dan ramai lagi yang hadir cukup fashion forward mengisi bangku hadapan.

Dari rekaan monokrom Nurita Harith hingga koleksi mempersona oleh Fiziwoo, pentas Kuala Lumpur Fashion Week 2018 dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun ke-10 label Mimpikita yang menutup pentas pada hari pertama. Datuk Jovian Mandagie juga kembali menghangatkan pentas KLFW tahun ini dengan penampilan isitimewa supermodel Aleeza Kasim, Amber Chia dan Fazdlun Abas juga bekas Miss Malaysia Vanessa Tevi dan Deborah Henry. Innai Red pula diberi perghormatan untuk menutup pentas KLFW edisi tahun ini.

Kuala Lumpur Fashion Week 2018 bersama AirAsia meneruskan kolaborasi mereka dengan menganjurkan pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search 2018 untuk mencari pereka fesyen pelapis untuk mewarnai industri fesyen Asia Tenggara. Bakat muda lokal, Daphne Lim Wen Sin dinobatkan selaku juara selepas menewasakan empat lagi finalis udan akan memetaskan koleksinya pada edisi tahun hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.