Sentuhan Urban ALBER ELBAZ

MEMBARISKAN AKSESORI BEG TANGAN BAHARU, KOLEKSI KOLABORASI LE SPORTSAC DAN ALBER ELBAZ TAMPIL DALAM PALET WARNA DAN CETAKAN YANG LEBIH EDGY DARI BIASA!

EH (Malaysia) - - ISTIMEWA LE SPORTSAC -

Mengumpul pengalaman selama 14 tahun sebagai Pengarah Artistik di Lanvin, Alber Elbaz hari ini berkongsi idea bersama jenama aksesori urban terulung Le Sportsac dalam koleksi aksesori bercetak dalam pilihan warna yang lebih playful juga mudah disuai padan. Alber yang telah mengubah rumah fesyen LANVIN kepada satu jenama mewah memberi sentuhan yang witty, whimsical dan made with love buat koleksi musim luruh 2018.

“If we inject more love into fashion, and less fear, we have a beautiful reason to wake up every morning.” Falsafahnya di dalam kolaborasi istimewa ini memberi mesej yang fleksibel dan mesra pengguna. Setiap aksesori yang ditampilkan diispirasikan oleh karakter Alber sendiri yang riang dan optimis, dengan itu Alber hamparkan koleksi ini dengan lima jenis cetakan, dari coretan pen juga corak abstrak haiwan antaranya Dance with Me, Love Me Kiss Me, Big Kiss, Color Me Leopard dan Color Me Zebra yang unik dan pastinya pantas mencuri perhatian ramai. Warnawarna yang dipilih turut mempengaruhi minat pengikut fesyen semasa, kali ini kita boleh lihat koleksi Le Sportsac dalam karakter yang lebih bersahaja, chic dan urban!

Alber Elbaz sudah jadi nama yang cukup sinonim dalam dunia fesyen di Perancis dan oleh itu koleksi aksesori ini pasti jadi satu item fesyen ikonik yang bakal jadi trend dan kegemaran ramai, terutamanya buat gadis muda. Koleksi istimewa musim luruh ini boleh didapati di cawagan butik Le Sportsac seluruh dunia sejak September 2018.

Medium Juno Weekender, RM730 Maya Pouch Set, RM310 Small Manon Tote, RM600 Small Aline Pouch, RM360

Puffy Heart Charm, RM160 Dancing Girl Charm, RM160

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.