WE THE FEST 2018 MENGAGUMKAN

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Edisi tahun ini memecahkan rekod dengan kehadiran 60,000 peminat muzik ke Jakarta, Indonesia untuk menyaksikan barisan artis terkemuka seperti Lorde, Miguel, James Bay, alt-J, The Neighbourhood dan ramai lagi.

Berlangsung selama tiga hari di ibu negara Indonesia, We The Fest 2018 telah melabuhkan tirai dengan jayanya yang menyaksikan pelbagai persembahan hebat, showcase fesyen, aktiviti eklektik dan pengalaman yang sudah pasti sukar untuk dilupakan. Sejak pertama kali diadakan pada 2014, edisi tahun ini telah memecahkan rekod dengan kehadiran 60,000 peminat muzik dari seluruh dunia berkumpul di Jiexpo, Kemayoran untuk menyaksikan persembahan secara langsung daripada barisan artis terkemuka, lokal mahupun antarabangsa. Antaranya Lorde, James Bay, alt-J, Miguel, The Neighbourhood, Sza dan Honne selain artis lokal Indonesia seperti GAC, Maliq & D’Essentials dan Efek Rumah Kaca yang telah menghangatkan pentas utama. Dan buat tahun kedua berturut-turut, festival yang dianjurkan oleh Ismaya Live ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Indonesia sendiri, Joko Widodo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.