KEUNIKAN & KEMEWAHAN ATLAS GOURMET MARKET

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Bagi anda yang mahukan kelainan dalam mencari bahan masakan, Atlas Gourmet Market harus ada dalam destinasi pilihan. Terletak di Shoppes at Four Seasons Place, ‘pasar’ ini turut hadir dengan Atlas Bistro dan Atlas Pizzeria.

Atlas Gourmet Market menawarkan variasi bahan masakan baik tempatan mahupun yang diimport. Antara yang boleh dibeli di sini ialah minyak zaitun organik, cuka berkualiti tinggi mahupun sajian mewah seperti foie gras. Di sini juga anda dapat melihat variasi daging berkualiti yang dibawa dari Australia, New Zealand dan juga Jepun. Udang galah dan tiram juga ada dijual di sini selain beraneka jenis keju.

Atlas Bistro pula menawarkan sajian enak, dari pasta hinggalah ke stik daging wagyu. Sajian ringkas namun menang rasa, malah anda juga boleh membeli bahan masakan di Atlas Gourmet Market dan minta Atlas Bistro masakkan.

Bagi penggemar piza, Atlas Pizzeria pasti menjadi salah satu destinasi wajib kunjung bagi menikmati aneka pizza yang lebih bervariasi. Selain menggunakan bahan import demi menyamai rasa piza asli seperti di Itali. Kreativiti cef di sini juga terserlah dengan percikan rasa tempatan seperti penggunaan bunga kantan dalam piza mereka. Antara yang mesti cuba ialah ‘Killing Me Softly’ juga ‘Mamma Mia’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.