DEBUT W HOTEL DI KUALA LUMPUR

EH (Malaysia) - - JURNAL -

WHotel sebahagian daripada Marriott International mengembangkan sayap dengan pembukaan W Kuala Lumpur pertama yang terletak bersebelahan Menara Berkembar Petronas, Jalan Ampang. W Hotel menampilkan hotel dengan rekaan penuh berani, terang dan dinamik dengan keunikan semangat Kuala Lumpur seiring dengan jenama terkenal ini. Menempatkan 150 bilik dan suit tetamu, W Kuala Lumpur turut menampilkan dua WOW Suite dan Extreme Wow Suite yang mana ia merupakan bilik suit presidential dengan ruang sehingga 520 meter per segi. Hotel ini turut menampilkan enam lokasi makan dan minuman termasuk YEN, FLOCK, WOOBAR, WET®Deck serta SAINT PIERRE dan WICKED. Bermainkan motif batik tradisional sebagai hiasan dalaman yang dikemasi dengan metal sleek, hotel ini berjaya membawa aura unik dan futuristik dengan penuh bersahaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.