XIOMI MI A2

EH (Malaysia) - - FILEM & MUZIK TEKNO -

Telefon pintar Xiomi MiA2 dengan kamera belakang AI 12MP + 20 MP dan kamera hadapan 20MP, dikuasakan dengan Qualcomm® SnapdragonTM 660 SoC dan Qualcomm® Artificial Intelligence Engine (AIE). Dengan saiz 5.99 inci 18:9 Full Screen Display, telefon pintar ini juga hadir dengan panel 2.5D Corning® Gorilla® Glass yang menawarkan imej beresolusi tinggi dan menawan. Ia juga menawarkan bateri 3000mAh dan dua memori dalaman pilihan sama ada 4GB RAM + 64GB atau 6GB RAM + 128GB. Hadir dalam rona hitam, emas dan biru, Mi A2 boleh didapati pada harga RM999 dan RM1,199.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.