PENGEMBARAAN SITI SALEHA DALAM SIRI REALITI EXTREME ENDS DI HONG KONG

EH (Malaysia) - - SEKITAR -

Pelakon tempatan, Siti Saleha dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar atau lebih dikenali sebagai Fi bakal ditampilkan dalam siri realiti empat episod Extreme Ends. Siri realiti terbitan saluran televisyen hiburan aksi KIX HD ini akan memaparkan sisi bertentangan “ekstrem” Hong Kong yang jarang dipaparkan. Extreme Ends merupakan sebuah rancangan realiti yang menampilkan empat selebriti Asia Tenggara bersama tetamu istimewa mereka dalam penggambaraan di pelbagai tempat menarik di Hong Kong. Setiap episod akan menggambarkan tema bertentangan yang esktrem seperti “pantas berbanding lambat” atau “tinggi berbanding rendah”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.