PROGRAM BIASISWA FAIR & LOVELY MENAWARKAN RM200,000

EH (Malaysia) - - SEKITAR -

Selama tiga tahun berturut-turut, Fair & Lovely mengadakan program Biasiswa Fair & Lovely 2018 bagi meningkatkan potensi wanita muda untuk mencorakkan masa depan mereka melalui pendidikan. Biasiswa berjumlah RM200,000 ditawarkan dan diberikan kepada 40 pelajar wanita dari universiti awam dan diperkenalkan selaras dengan objektif Fair & Lovely bagi menggalakkan golongan wanita mempunyai keyakinan diri bagi mengejar impian untuk masa depan lebih cerah. Malah pada tahun ini, Fair & Lovely turut mewujudkan sebuah komuniti maya untuk 40 pemegang biasiswa ini agar mereka dapat berhubung antara satu sama lain dan mendapatkan perkembangan terkini tentang peluang yang disediakan oleh Unilever Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.