#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

1 0 OKTOBER 1983

Lagu “Total Eclipse of the Heart” oleh Bonnie Tyler daripada album kelimanya, Faster Than the Speed of Night berjaya mendaki tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 dan ini sekaligus menjadikan dia sebagai penyanyi warga Wales pertama yang mendapat posisi ini.

7 OKTOBER 1998

Drama bersiri Charmed tentang tiga adik-beradik berkuasa sihir dibintangi oleh Alyssa Milano, Shannen Doherty dan Holly Marie Combs. Ia mendapat taraf cult malah tontonan debutnya juga paling tinggi di rangkaian The WB dengan 7.7 juta.

5 OKTOBER 2000

Siri Gilmore Girls ditayangkan buat kali pertama yang dibintangi oleh Lauren Graham, Alexis Bledel, Melissa McCarthy, serta Milo Ventimiglia. Siri ini ditayang selama tujuh musim dan merupakan antara siri televisyen paling berjaya menurut majalah Time dan TV (The Book).

3 OKTOBER 2003

Tayangan filem School of Rock dibintangi oleh Jack Black menampilkan beberapa lagu rock klasik termasuk “Highway to Hell”, serta “Immigrant Song”. Malah ini juga filem pertama lakonan Miranda Cosgrove yang kini dikenali dengan siri televisyen, iCarly.

30 OKTOBER 2006

Kumpulan rock Keane menjadi kumpulan pertama yang mengeluarkan lagu menggunakan kad memori USB. Kad memori 512MB penuh dengan lagu mereka boleh dibeli di kedai HMV namun format ini tidak mendapat sambutan.

3 OKTOBER 2007

Joss Stone menjadi penyanyi wanita solo UK paling muda pabila album keduanya Mind Body & Sound membuat debut di tempat pertama di UK Albums Chart. Album ini berjaya menerima tiga pencalonan Anugerah Grammy termasuk Best Pop Vocal Album.

2 OKTOBER 2012

Album kedua Mumford & Sons, Babel, berjaya mendaki tempat pertama di carta UK Albums dan US Billboard 200. Ia juga album paling laku di Amerika Syarikat tahun 2012 dengan 600,000 keping album dijual di minggu pertama.

1 OKTOBER 2017

Di Festival Route 91 Harvest di Las Vegas, seorang lelaki Stephen Paddock melepaskan tembakan daripada bilik hotelnya di Mandalay Bay yang menyebabkan 58 individu meninggal dunia dan lebih 500 orang awam cedera.

2 OKTOBER 2017

Jantung penyanyi Tom Petty pada usia 66 tahun terhenti seketika ketika dia berada di rumahnya di Malibu. Dia kemudian dibawa ke pusat perubatan UCLA namun masih dalam keadaan tidak sedar dan meninggal dunia pada hari yang sama.

7 OKTOBER 2017

Cardi B dengan lagu “Bodak Yellow” mendaki tempat pertama di carta Billboard 100 dan ini menjadikannya rapper wanita solo pertama tanpa bantuan penyanyi lain untuk mencapai posisi ini sejak 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.