TIGA JENIS WALL CLIMBING

Camp5 One Utama menawarkan tiga jenis aktiviti wall climbing yang boleh dicuba.

EH (Malaysia) - - KESIHATAN -

TOP-ROPING

Ia adalah aktiviti wall climbing berpasangan yang mana seorang akan memanjat manakala lagi seorang akan berada di bawah dengan melakukan teknik belaying. Satu teknik akan diajarkan sebelum top-roping oleh pelatih dan teknik ini harus digunakan bagi memastikan pemanjat dapat ke puncak dan turun dengan selamat.

LEADING

Ia satu aktiviti untuk pemanjat yang lebih berpengalaman. Seperti top-roping, ia memerlukan pasangan untuk memanjat dan belaying namun perbezaan mereka adalah si pemanjat akan membawa tali naik ke atas bersama mereka, dan klip tali di gelung logam pada setiap lompang. Ia lebih teknikal dan memerlukan masa yang lama untuk menguasainya.

BOULDERING

Tidak menggunakan tali mahupun abah-abah, peserta perlu memanjat dinding mengikut keselesaan mereka. Tilam yang tebal dan besar menutup permukaan lantai bagi memastikan keselamatan anda terjaga sekiranya anda terjatuh daripada dinding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.