EH! SALAM

EH (Malaysia) - - SEPINTAS - – AMY, SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR

Terima kasih EH! kerana menghasilkan edisi yang sangat istimewa untuk September 2018. Sebagai peminat setia nombor satu Datuk Seri Siti Nurhaliza saya sangat gembira dengan edisi itu. Idea menemuramah orangorang yang rapat dan bekerja dengan Datuk Seri Siti sangat menarik. Tidak pernah lagi mana-mana majalah yang berbuat begitu.

Tabik untuk team EH! Gambar-gambar yang ada di dalam edisi lepas juga sangat menarik perhatian saya. Saya suka pakaian dan gaya yang EH! pilih untuk Datuk Seri Siti, walaupun ada yang anggap pelik, tapi ia masih menutup aurat. Jaket tebal, besar dan tidak menonjolkan dada. Berfesyen tapi masih sesuai dengan imejnya yang berhijab.

Bila membaca pengalaman mereka yang dekat dengan Datuk Seri Siti membuat saya juga seakan kenal rapat dengan Datuk Seri Siti. Perjalanan kariernya yang sudah lebih 20 tahun, cukup cemerlang dan sebagai Sitizoners semestinya saya bangga dengan pencapaian artis pujaan saya itu.

Seperti mana gemilangnya kerjaya Datuk Siti, begitu juga saya harapkan untuk EH! Semoga EH! akan terus gemilang dan saya akan setia mendapatkan EH! walaupun bukan Datuk Seri Siti yang menjadi cover girl.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.