NOTA CANTIK

Keindahan mata dapat diserlahkan dengan lentikkan bulu mata yang menawan. Nars tampil dengan maskara baharu yang nyata dapat menyerlahkan solekan mata anda dengan lebih dramatik.

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Klimaks Sebatang Maskara

Wanita dan maskara boleh dikatakan bagai BFF! Setiap palitannya memberikan impak mata yang galak serta menawan. Jenama kosmetik terkenal, Nars memperkenalkan maskara terbarunya iaitu CLIMAX yang dapat menyerlahkan lagi solekan mata setiap wanita. Tiada lagi kesan comot dengan CLIMAX!

Ingin tahu keistimewaan produk hebat baharu Nars ini ikuti temubual bersama pengasas Nars sendiri, Francois Nars.

BOLEH ANDA KONGSIKAN RAHSIA DISEBALIK PEMILIHAN NAMA CLIMAX?

Nama produk selalunya penting bagi saya, nama produk yang hebat membolehkan wanita mengenali sesuatu produk itu. Selain boleh diingati oleh semua orang, saya juga mahukan nama yang boleh menceritakan tentang produk tersebut. Apabila saya berfikir tentang Climax, saya terfikir tentang kehidupan di mana detik-detik hebat yang sentiasa diingati sampai bila-bila.

SEBAGAI SEORANG JURUSOLEK PROFESIONAL, APA YANG ANDA CARI DALAM SEBATANG MASKARA?

Saya suka maskara yang tahan sepanjang hari, yang tidak memberikan kesan comot, tidak kering dan tidak berketul bila memakainya. Paling penting maskara perlu membuatkan bulu mata selentik mungkin agar mata tampak lebih galak. Ia patut kelihatan tebal dan panjang secara semula jadi. Dengan Climax, kami menguji dan mencabar ahli kimia untuk mencipta semula dan mengubah suai maskara kami. Saya mahu ia menjadi formulasi yang sempurna. Dengan hanya dua lapisan Climax, bulu mata kelihatan menawan. Istimewanya, anda juga boleh terus membina atau mengulang pakai tanpa perlu risau tentang kesan berketul atau bulu mata terlalu berat sehingga jatuh ke bawah.

SEJAUH MANA PENTINGNYA BULU MATA DALAM SOLEKAN?

Mata merupakan bahagian penting kepada solekan wajah. Kadang kala saya lebih suka mata daripada bibir kerana mata mampu mengekspresikan emosi yang dramatik. Sudah tentu maskara memainkan peranannya sendiri untuk melengkapi sesuatu solekan. Ia membuatkan mata kelihatan lebih galak dan menambahkan elemen glamor pada keseluruhan wajah. Maskara juga alat solek pertama yang dibeli dan dipakai oleh wanita muda di seluruh dunia. Sekiranya anda tidak mengoleskan sebarang pembayang mata atau penggaris mata, hanya dengan sapukan maskara sudah cukup membuatkan mata menyerlah dan kelihatan mempesona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.