BUAL CANTIK

Gigi cantik bak porselin kini tidak mustahil. Kenapa? Because I own it!

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Smile Like You Mean It!

Apabila Dr. Siti Hafizatun dari Klinik Pergigian Dutamas menawarkan rawatan veneer, jujur saya katakan yang saya cukup teruja! Kerana dahulunya saya pernah berangan-angan untuk melakukan rawatan crowning. Tapi bila difikirkan, gigi saya bukanlah rosak atau mempunyai masalah besar, saya cuma inginkan gigi di bahagian hadapan saya tampak sekata dan cantik! jadi sebaik veneer diperkenalkan, saya tahu rawatan inilah yang cukup tepat untuk saya! Selepas membuka pendakap gigi lima tahun lepas gigi hadapan saya bertukar kuning, dan mempuyai tekstur yang tidak rata. Jika dilihat dekat-dekat ada tompokan putih pada gigi saya. Jadi matlamat veneer yang semata-mata estetik ini memang menjadi pilihan buat kebanyakan orang yang inginkan gigi di barisan hadapan yang cantik dan sekata. Terdapat tiga jenis rawatan veneer ini, anda hanya perlu pilih tekstur bagaimana yang anda inginkan dan bersesuaian dengan bajet.

RAWATAN VENEER

Veneer adalah satu rawatan estetik yang melibatkan penyediaan yang minimal tapi cukup terperinci.

Gigi anda akan di trim dengan minimal, begitu juga cangkerang enamel (veneer) yang akan dilekatkan pada hadapan gigi anda. Ia direka khusus untuk anda yang memiliki gigi yang pecah, senget atau mempunyai ruang di tengah-tengah gigi. Rawatan ini hanya dilakukan pada bahagian hadapan gigi sedangkan crowning pula adalah biasanya dilakukan pada bahagian belakang, atau di hadapan bagi gigi sudah dibuat rawatan akar. Jadi crowning ini perlu untuk melindungi gigi anda. Malah crowning juga meliputi seluruh gigi berbeza dengan

Veneer.

JENIS VENEER COMPOSITE

Hasilnya agak flat, gigi mungkin akan tampak sedikit palsu kerana ia kurang berkilau. Malah untuk jangka masa yang panjang juga ada kemungkinan gigi anda bertukar warna yang mana menjadi kuning. Tapi kosnya memang berpatutan iaitu RM400 untuk sebatang gigi. Boleh disiapkan dalam satu hari.

PORCELAIN

Hasilnya sangat mirip gigi asal, dan kerana proses untuk menghasilkan Veneer porselin ini agak rumit, maka kosnya agak tinggi. Dalam RM4,000 hanya untuk sebatang gigi dan memakan masa beberapa hari untuk disiapkan.

EDELWEIS-HIGH GLASS (INSTANT VENEER)

Ia adalah perantaraan antara Composite dan Porcelain. Veneer yang telah direka terlebih dahulu akan dipasangkan pada gigi asal anda dan akan dibega waktu itu juga untuk saiz dan warna gigi yang lebih tepat. Terdapat seleksi warna gigi yang pelbagai untuk doktor anda serasikan dengan warna gigi asal anda. Boleh siap dalam satu hari. Berharga RM1,000 sebatang gigi.

Senyum lebar selepas rawatan bersama Dr. Siti Hafizatun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.