JURNAL

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Berita Gaya Hidup

Mengenali seseorang melalui laman temu janji dalam talian antara cara paling mudah untuk bertemu dengan orang baru. Membentuk akaun online dating juga mudah; anda hanya perlu memuat turun aplikasi pilihan (lebih baik yang popular agar lebih tinggi peluang untuk berjumpa orang baru), dan mulakan swipe left dan right. Namun online dating kadang kala rumit jadi kami sediakan beberapa tip agar perjalanan dalam talian lebih mudah.

BALAS PESANAN DALAM TEMPOH 24 JAM

Pastikan anda menghantar pesanan ringkas yang simple dan menarik perhatian. Beri mereka ruang untuk membalas pesanan sekurang-kurangnya tiga hingga empat jam kerana mereka mungkin sibuk. Anda pula harus membalas pesan tersebut dalam tempoh 24 jam kerana ini memberikan tanggapan anda berminat untuk mengenali individu ini lebih baik.

MUAT NAIK GAMBAR SUDUT BERBEZA

Dicadangkan untuk memuat naik lima keping gambar dari sudut berbeza seperti gambar muka atau gambar badan penuh, agar mereka dapat mengenali anda yang sebenarnya. Elak memuat naik gambar berkumpulan kerana ini boleh mengelirukan serta memberi mesej bahawa anda tidak yakin dengan diri sendiri. Jangan lupa untuk pelajari beberapa tip swafoto seperti pencahayaan baik serta sudut wajah terbaik anda sebelum memuat naik di laman tersebut.

PASTIKAN PROFIL ANDA PENDEK DAN POSITIF

Elak menulis profil tentang diri sendiri terlalu panjang. Sebaliknya tulis yang positif, unik dan menarik. Anda juga harus elak menggunakan bahasa atau perkataan negatif seperti ‘saya tidak gemar’ atau ‘saya benci’ dalam profil kerana ini adalah satu ‘suis’

turn-off. Juga digalakkan untuk elak menjadi terlalu memilih kerana ini akan menyebabkan peluang mencari pasangan menjadi terhad.

TERUS TERANG JIKA TIDAK BERMINAT

Jika anda rasa kurang selesa terutamanya jika mereka mula bercerita tentang perihal lucah ataupun terlalu dramatik dengan jawapan mereka, tidak salah untuk berterus terang bahawa anda tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Anda tidak perlu memaksa diri untuk mengenali mereka, bahkan guna sahaja butang ‘block’ bagi elak situasi janggal dan merbahaya di masa hadapan. Yang penting di sini adalah keselamatan anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.