HOROSKOP

(23 SEPTEMBER – 22 OKTOBER)

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Libra

PASANGAN SEPADAN AQUARIUS

Merupakan pasangan yang secocok. Komunikasi yang bagus serta saling mempelajari kesalahan masing-masing membuatkan pasangan jarang bergaduh.

PASANGAN DIJAUHI VIRGO

Tidak sesuai! Susah untuk memberikan komitmen jangka panjang. Bila bersama teman, anda akan ditinggalkan dan bila keseorangan atau kesunyian anda ada dalam fikirannya.

PERHUBUNGAN

Warga Libra mempunyai daya pesona yang luar biasa sehingga membuatkan orang senang tertarik dengan dirinya. Dalam hal percintaan mahupun dalam kehidupan rumah tangga, cukup menyenangkan dan penuh kemanisan.

CITA RASA FESYEN

Potongan seksi dan feminin sesuai dengan sosok tubuh Libra. Rona pastel berserta aksesori unik sentisa menjadi pilihan.

KERJAYA

Tidak banyak berubah dari tahun sebelumnya, cuma Libra perlu lebih berani tahun ini untuk mengembangkan kerjayanya andai Libra inginkan posisi yang lebih tinggi.

KECANTIKAN

Cuba goda pasangan anda dengan dandanan sexy beach waves. Ringkas dan menarik, ia mudah untuk digayakan pada bila-bila masa.

SCORPIO (23 Oktober – 21 November)

Scorpio amat menyukai skandal yang menarik. Anda pasti suka dan akan tertawa dengan tingkah laku karakter dalam siri animasi Big Mouth.

SAGITTARIUS (22 November – 21 Disember)

Sagittarius merupakan seorang yang kuat berfikir. Drama siri yang dicipta oleh Charlie Brooker, Black Mirror menceritakan tentang kesan teknologi terhadap kehidupan manusia di masa hadapan.

CAPRICORN (22 Disember – 19 Januari)

Siri Mindhunter yang menceritakan seorang agen FBI yang meletakkan kerjayanya sebagai perkara utama dalam kehidupannya sama seperti Capricorn yang sentiasa memberikan komitmen penuh dan menghargai etika kerja.

AQUARIUS (20 Januari – 18 Februari)

Aquarius yang kuat berimaginasi suka menyaksikan naskhah yang mengeksplorasi dunia realiti seperti Stranger Things. Menyukai benda yang unik dan aneh, maka anda akan jatuh cinta dengan konsep dan karakter dalam siri sains fiksyen ini.

PISCES (19 Februari – 20 Mac)

Pisces memiliki hati yang sensitif. Love boleh menggambarkan perasaan anda, kerana siri ini menceritakan hubungan cinta seorang lelaki dan wanita yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza.

ARIES (21 Mac – 19 April)

Memiliki semangat yang kuat dan tidak putus asa, Aries sesuai dengan karakter yang terdapat drama bersiri G.L.O.W. Wajib tonton drama ini.

TAURUS (20 April – 20 Mei)

Sebagai zodiak yang sensual dan menyukai kehidupan mewah. EH! cadangkan drama The Crown yang merupakan siri tentang kehidupan Ratu Elizabeth yang mewah dan penuh skandal untuk tontonan anda.

GEMINI (21 Mei – 20 Jun)

Karakter utama dalam siri komedi Chewing Gum yang memiliki dua keperibadian iaitu ketika Tracy bersama keluarga yang kuat agama. Dia terpaksa menunjukkan imej yang baik, namun sebaliknya Tracy merupakan seorang gadis muda yang amat menyukai seks dan lucu.

CANCER (21Jun – 22 Julai)

Keluarga sangat penting untuk Cancer. Anda pasti akan terhibur dengan siri komedi Grace & Frankie. Selain menunjukkan kepentingan keluarga dan kerumitan setiap perhubungan, Grace & Frankie juga menceritakan tentang persahabatan antara wanita yang sangat kuat.

LEO (23 Julai – 22 Ogos)

Leo suka menjadi yang terbaik dalam semua perkara. BoJack Horseman adalah animasi dewasa yang menceritakan katakter utama yang ingin kembali kepada kehidupannya yang lalu di mana dia selalu menjadi perhatian ramai.

VIRGO (23 Ogos – 22 September)

Drama Narcos menceritakan tentang kegiatan organisasi dadah di Mexico yang sangat berkuasa. Virgo akan menikmati cerita fiksyen yang diilhamkan oleh peristiwa sebenar ini, di mana sistem organisasi dadah ini diserang oleh satu pasukan dari Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika. Sesuai dengan karakter Virgo yang mencabar.

Shiseido Professional The Hair Care Luminoforce Gloss Spray, RM100

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.