LELAKI BULAN INI

Berpersonaliti lantang, besar bakatnya membuktikan tarikan rapper terkenal Malaysia ini satu entiti yang bukan calang-calang.

EH (Malaysia) - - SEPINTAS - FOTOGRAFI LILIAN TAN TEKS/PENYELARAS ANIS HANINI ARAHAN SENI ESTEE EREEZA GROOMING TIAR ZAINAL PAKAIAN MOSCHINO, BALLY & COS AKSESORI BALLY

Joe Flizzow

Joe Flizzow antara nadi penggerak utama genre hip hop di industri muzik tempatan dan seluruh Asia, bermula dengan pembabitannya menerusi duo Too Phat bersama Malique Ibrahim pada akhir 1990-an. Kini lebih selesa bergerak solo, karier Joe belum pernah bertemu tanda noktah. Kehadiran album debutnya President membuahkan hasil pabila dia memenangi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16 pada tahun 2009 manakala album keduanya pula, Havoc melahirkan single Havoc yang berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia. Bahkan single Apa Khabar daripada album ini turut memenangi lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21.

Selain kariernya sebagai seorang rapper, dia juga bergerak aktif sebagai pengasas dan pemilik bersama Kartel Records yang merupakan label hip hop tempatan yang melahirkan bakat-bakat hebat termasuk Altimet serta SonaOne. Tahun ini pula menyaksikan kolaborasi antara Joe bersama Rocketfuel Entertainment dan Kartel Records yang melancarkan 16 Baris iaitu rancangan hip hop mingguan di YouTube yang mempamerkan barisan rappers di arena hip hop luar mahupun dalam negara. Kejayaan rancangan ini disambut hangat hingga konsert 16 Baris yang diadakan secara percuma untuk 500 orang sahaja, menarik lebih daripada 3000 audiens yang ingin menyaksikan pertarungan hip hop secara langsung.

“Bagi saya ikon adalah seseorang individu yang telah melakukan kerja penting atau menumpukan masanya, menyumbang dan melibatkan diri terhadap tujuan baik. Seseorang yang penting dalam genre mereka adalah ikon bagi saya seperti Tan Sri P Ramlee mahupun Dr Dre. Bagi saya ikon tidak dilahirkan semalaman,” ujar Joe sebaik sahaja selesai sesi penggambaran.

Tidak pernah gentar untuk melakukan persembahan di khalayak ramai, Joe akui dia lebih cemas jika dia tidak berdiri di atas pentas. “Sebagai contoh, jika ada yang memberitahu bahawa saya perlu naik ke pentas dalam masa dua minit namun ada masalah teknikal dan saya perlu tunggu sebentar, itu membuatkan saya rasa cemas. Saya perlu berada di atas pentas. I’m addicted to the stage. That is where I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.