LEVI’S UNITED BY THE BEAT

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Musim ini Levi’s mahu memberi tumpuan utama kepada sniker dan era gaya jalanan dengan menghasilkan gabungan trend terkini seperti grafik terang, jean berpinggang tinggi dan logo mania dengan mengimbas semula gaya

cool dari tahun 80 dan 90-an. Ia bercirikan nostalgia dan asli, menghubungkan tahap emosi dan sesuatu yang sudah dikenali ramai sambil menyuntik tenaga serta trend semasa, yang mempunyai pengaruh gaya jalanan serta gaya sukan 90-an. Perkara penting untuk diingati musim ini gaya kita harus dipelbagaikan, dari gaya hip-hop, stail jalanan penuh gaya ke normcore ringkas, pasti ada sepasang Levi’s untuk semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.