REJIM CUKUR KIEHL’S

EH (Malaysia) - - DUNIA LELAKI -

EH! memilih dua produk daripada Kiehl’s yang kami fikir terbaik dalam melancarkan proses bercukur. Sebaiknya bercukur selepas selesai mandi dan wajah dibersihkan. Keringkan wajah sebelum menyapu Ultimate Brushless Shave Cream - White Eagle (RM70.75) pada bahagian wajah yang mahu dicukur. Tidak perlu ditambah air, teruskan sahaja bercukur. Krim bercukur ini mengandungi menthol dan camphor, tekstur krim ini mempunyai formula yang membuatkan cukuran begitu rapat tanpa menyebabkan iritasi. Sudahi rejim bercukur dengan menyapu Post Shave Repair Gel (RM73.58) yang diformulasikan 90 peratus dengan lidah buaya untuk menenangkan kulit dari sebarang iritasi. Urut wajah dengan gel ini sebelum menyapu wajah dengan pelembap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.