#Nanipicks

Terbaru dan menjadi bualan pencinta dunia kecantikan! Saya telah mencubanya sendiri dan menyukainya.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Nars Climax Maskara

Tekstur: Ringan dan ‘berkrim’ Aplikasi: Mudah.

Kelebihan: Berusnya yang direka khas bagi menyalurkan cecair pada setiap helaian bulu mata. Memberikan volum yang dramatik, tidak comot, punya ‘pelembap’ bulu mata dan ia senang ditanggalkan.

Hasilnya: Pertama kali mencubanya, agak terkejut kerana terasa seperti tidak memakai apaapa pada bulu mata. Ia terasa ringan dan tidak berat. Bulu mata tidak jatuh dan kekal lentik sepanjang hari.

Aster Spring Isotonic Hydrating Treatment

Kelebihan: Diformulakan dengan jus kelapa yang kaya dengan elemen penghidratan untuk meningkatkan kelembapan. Rawatan ini juga merangsang peredaran oksigen dan antioksidan untuk menghalang kemunculan tanda-tanda prapenuaan.

Proses rawatan: Dimulakan dengan membersihkan wajah, dikuti dengan proses pengelupasan. Wajah akan diberi wap untuk membuka liang pori kemudian pakar kecantikan akan membuat proses extraction bagi megeluarkan bintik-bintik hitam dan putih yang ada pada wajah. Wajah akan diurut untuk melancarkan peredaran darah pada wajah dan akan disapu pupur sekurang-kurangnya 30 minit. Akhir sekali wajah dicuci dan dioles krim pelembap dan krim pelindung matahari. Masa: 70 minit.

Hasilnya: Kulit rasa bersih, segar, cerah dan lembut selepas membuat rawatan ini.

Shiseido Aura Dew

Tekstur: Ringan, lembut dan sejuk. Aplikasi: Mudah dipakai. Hanya gunakan jari dan oleskan pada bahagian yang anda ingin pakai.

Kelebihan: Terdapat tiga warna iaitu lunar, solar dan cosmic. Ia boleh dipakai pada muka sebagai penyerlah pada tulang pipi, sebagai pembayang mata dan bibir sekiranya inginkan efek kilau. Hasilnya: Tahan 12 jam. Kali pertama memegang teksurnya rasa sejuk, lembap dan lembut. Kemasannya adalah dewy. Tidak perlu guna banyak, sedikit sahaja sudah nampak hasil kilauannya.

Aster Spring Isotonic Hydrating Treatment RM288

RM100

RM115

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.