EH! SALAM

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Saya antara pembaca EH! sejak dulu lagi. Sebagai pembaca yang sama-sama membesar dengan EH!, saya seronok melihat perkembangan EH! di dunia digital. Rasanya tidak majalah bahasa Melayu yang berjaya menguasai kedua-dua platform. Dalam dunia penerbitan dan percetakan. EH! memang antara yang menjadi pilihan, kualiti majalahnya bagus. Isi kandungannya jadi kesukaan orang yang memang sukakan dunia kecantikan dan fesyen.

Begitu jugalah di dunia digital hari ini, saya suka melayari laman web EH!, saban hari pasti ada update terbaru tentang dunia selebriti, fesyen dan kecantikan. Saya suka membaca tip cantik yang dikongsikan.

Saya juga suka melihat gambar dan video yang di post di akaun Instagram EH!. Melihat gaya artis ke pelbagai majlis pelancaran menarik perhatian saya. Bila melihat post produk-produk yang EH! terima dari pelbagai jenama juga membuatkan saya terfikir, seronoknyalah jika saya dapat bekerja di majalah. Setiap hari ada saja barang baru diterima... haha!

Saya harap EH! akan terus bergerak ke hadapan menerajui dunia majalah, baik versi ‘old school’ mahupun versi digital menerusi laman web juga media sosial. Teruskan berkongsi khabar berita juga tip eksklusif bersama kami. Love EH!

Bagi yang berminat menghantar sebarang komen, hantarkannya kepada majalaheh@bluinc.com.my atau Majalah EH! Blu Inc Media Sdn. Bhd., Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No. Tel: 03-7952 7000

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.