TIMELINE RADLEY PERLU TAHU!

EH (Malaysia) - - 10 TERKINI -

1998 - Radley ditubuhkan di tengah Camden Market.

1999 - Beg ikonik Pocket Bag dihasilkan dan menjadi beg paling laris buat jenama Radley sehingga ke hari ini.

2000 - Identiti ikonik Scottie dog bersama rantai merah menjadi logo rasmi dan kegemaran ramai.

2002 - Beg edisi terhad dihasilkan buat kali pertama dan koleksi siri beg terhad diteruskan hingga ke hari ini.

2005 - Butik Radley pertama dibuka di Kings Road London.

2007 - Buat kali pertama Radley tampil dalam laman web, bersama kampen pemasaran, ‘Truly Radley Deeply’.

2008 – 2011 - Mengembangkan bisnes ke United Kingdom dari Aberdeen hingga Bath.

2012 - Laura Bailey menjadi duta pertama Radley.

- Radley menghasilkan koleksi personalization pertama.

- Butik pertama dibuka di Japan dan pembukaan laman web rasmi pada 2014.

2013 - Koleksi pertama bersama Holly Fulton menampilkan rekaan beg kepit dalam bentuk ikonik Scottie dog.

2014 - Radley tampil dengan koleksi kedua Holly Fulton bersama rekaan yang lebih bold dan geomatrik.

- Logo ikonik Scootie dog terbang ke Thames dan ditatagaya bersama pompom dalam merasmikan rantai pompom terpanjang di dalam World Record.

2015 - Buat kali pertama Radley tampilkan koleksi kolaborasi bersama pereka fesyen British, Jonathan Saunders, dengan mengetengahkan rekaan beg galas, beg silang dan aksesori yang mudah disuai padan.

2016 - Pembukaan butik baharu di Manchester Arndale Shopping Centre.

2017 - Radley merasmikan jenamanya di Macy’s US, dengan 50 kedai juga pembelian secara atas talian. - Merasmikan Kedai TMall pertama di China.

2018 - Pameran logo ikonik Scottie dog bergaya buat sambutan Tahun Baru Cina dan Royal Wedding.

- Menyambut ulang tahun ke-20 dengan koleksi beg edisi terhad Radley & Friends!

- Menampilkan koleksi kolaborasi bersama British Heritage Print Collection buat semua rekaan beg popular.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.